., Assαlαmuαlαikum ,.
Finally ~ Tinggal satu je paper yang reen perlu ambik iaitu ICT . ICT paper last yang sekolah reen ambik iaitu pada 04.12.2013 , tadi paper add sc . Huh pening kepala woo jawapnya , kertas 1 kira okey la sebab objektif , kertas 2 memang mencabar sesangat , kertas 3 boleh tahan la. Tapi semua kertas tu reen keluar beberapa minit sebelum 10 minit terakhir , mana taknya yelar tak sanggup reen nak pandang kertas-kertas tu lagi , rasa nak nangis je rasanya.
Tadi time nak solat zohor boleh pulak tak ada air dekat surau , geramnya~ . So terpaksa la ambik dekat toilet. Yang lawaknye reen pergi panjat sinki dekat toilet tu sebab susah sangat nak ambik. Yelar reen ni pendek je. Sedih,sedih.. Tapi ada jugak yang follow reen panjat sinki tu. Hahahhaa
Lepas habis paper 3 kitaorang semua mintak tandatangan dekat baju la, tudung la bak kata orang , kenang-kenangan. hahahah. Dalam pada masa yang sama , sambut birthday sara sekali . Wahhhh, meriah ..
♥ To sara~
HAPPY BIRTHDAY , sayang .
I hope may Allah bless you , friend . :)
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki . Semoga berjaya tidak kira didunia mahupun diakhirat. Aku harap kita dapat jadi Best Friend Forever.
I love you ;)
♥ Salam sayang dari Sahabatmu~
Sara ,.. Sorry baling tepung dan telur tadi taw, tak pe tahun akhir kan.kan.. Nanti dah masuk ke alam university or work susah pulak kita nak jumpa karang.
Tapi kan ...
Reen geram betul dengan azri , reen tak terlibat dalam baling tepung dengan dia pon kena kejar jugak . Eiiii~ geramnye. Last-last reen kejar dia dari awal kawasan pagar sekolah tu sampai akhir kawasan sekolah . Memang bersenam giler la reen tadi , baik reen pakai kain kalau tak memang dah kena mamat tu dengan reen.
Tapi walauapapun, hari ni memang best. Yelar memori-memori akhir sekolah perlu disimpan untuk kenangan masa hadapan. Entah bila dapat jumpa diaorang lagi. Tinggal separoh kelas reen je pulak yang ambik ICT , yang lain pilih RC so diaorang memang dah merdeka la. Huhuhu..
Sedihnye~ ♥ Rindu korang semua ♥ Rindu sekolah ♥ Rindu kelas ♥ Rindu cikgu ♥ Rindu taman dekat sekolah ♥ Rindu acik kantin dan acik kebun ♥ Hahahhuhuhu..
Esok reen nak cari kerja. Hope-hope dapat. Korang semua tolong doakan reen ye , reen dah tak tahu nak cari kerja dekat mana ni. Reen tak nak lepak or duduk terperap dekat rumah je. Reen nak cari duit sendiri , nak berdikari jugak macam kawan-kawan yang lain. So doakan reen agar dapat kerja esok okey ??
Amin~
Amin~
Hehehe.. Klar.. Reen dah penat ni sebab tadi main kejar-kejar. Hehehe. Bubbye. Salam sayang dari Reen.