Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

15 September 2013

Mee Sezzling !! Yummy~ Yummy~

YumYum.. I like mee sezzling.. Reen mula makan mee sezzling selepas rakan reen a.k.a bekas kawan baik reen si A *time ting 1 - 3* memberitahu reen yang sezzling ni sedap dan ni antara makanan kegemaran si A. Mula-mula reen terfikir sedap sangat ke sezzling ni?? Then reen pon mencubanya dan tak dinafikan reen pon mula berminat dengan sezzling ni. Dulu reen suka pergi shooping mall semata-mata nak makan mee sezzling sebab sezzling dekat situ sedap sangat.But now tak lagi,. reen jarang pergi shooping mall dah sebab papa reen busy bekerja. :(

Then kes tak tahan nak makan sangat sebab dah lama tak makan.. Finally!!! Reen buat sendiri sezzling tu dekat rumah tapi tak la sesedap dekat luar sana. Cubaan pertama tak menjadi, mee-nye tak menjadi , kuahnya tak pekat bak kata papa reen tak kaw!!!! Then reen buat kali yang kedua and alhamdulillah berjaya jugak.. Kuahnya dah pekat , mee tak kembang sangat kalau ikut tafsiran reen sedang-sedang jelar.. Not bad~ hahhahaha  :D

And kawan baik reen , sara . Oleh kerana dia tak pernah makan mee sezzling ni , dia pon mintak resepinya dekat reen . " Sara !! Nanti hang masak hang bagi ceq sikit ok?? "

Btw.. sorry taw sebab reen tak ambik gambar step by step cara-cara memasaknye agar mudah korang nak masak nanti. Huhuhu.. Contoh mee sezzling yang reen masak pon reen tak sempat nak ambik. Yelar dah lapar sangat. :(


#Resepi# :
Mee sezzling.

Bahan-bahanya : *ni untuk sorang makan je taw*

- 1 sanggul mee kering.
- 3 ulas bawang putih.
- 1 keping isi ayam *potong la ikut suka hati korang*
- 1 biji cendawan shitake *cendawan kering , tolong rendam sehingga lembut dan potong 4*
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 keping cili keping *potong 2 atau 3*
½ halia *hiris nipis taw*
- sedikit minyak untuk menumis
- serbuk lada hitam
- garam *macam biasa la secukup rasa*
- satu sudu besar tepung jagung
- 1 mangkuk air *jangan letak benyak sangat airnya terlebih dahulu*

Cara-caranya :

- Tumis bawang putih, halia dan cili sehingga naik baunya.
- Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong sehingga empuk.
- Masukkan air , sos tiram , kicap cair, kicap pekat , garam serta lada hitam. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan cendawan shitake.
- Kacau tepung jagung dengan kuah yang mendidih tadi di mangkuk sehingga tidak berketul-ketul.
- Masukkan tepung jagung yang telah dikacau tadi ke dalam kuah sezzling kita yang tengah mendidih.
- Kacau beberapa minit sehingga sebati.
- Masukkan kuah sezzling di mee kering.
- Sedia dihidangkan.


#Pendapat#

- Jangan masukkan tepung jagung tanpa dikacau dengan air sejuk sebelum dimasukkan kedalam bahan kuah sezzling kerana anda akan membuatkan tepung jagung tadi berketul-ketul. Nanti kuah anda tak menjadi reen tak tahu ye..

- Air kuah tu terpulang dekat anda sebab kalau korang rasa nak pekat kuahnya letak sikit jelar , nak cair kuahnya letak la berapa cawan yang anda suka.

- Anda boleh menambah bahan-bahan di kuah anda. Terpulang la nak masukkan sayur apa pun terpulang okey??



Okey korang selamat mencuba.

Bubbye

~Reen~

1 comment:

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::