Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

28 September 2013

Jerawat ?? Oh No !!

Assalamualaikum 


Kalau ada jerawat je mesti orang selalu mengusik dengan ayat ada 'pakwe' or 'teman lelaki' ataupun istilah yang sama 'boyfriend'.

Oh no !!!
Awak semua yang berfikiran macam tu salah tafsiran okey !!!

Sebenarnya jerawat bukanlah berpunca dari itu semua. *memang tak ada kena-mengena kan.kan ?? *

Okey guys memang bukan pun.. Sebab...

Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis pekerjaan. Selain it, oleh kerana ada diantara kamu semua yang terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi kalori juga antara faktor yang meransang pertumbuhan jerawat.

Pakar sakit kulit, Dr Mohd Noh Idris, berkata jerawat bukannya resdung tetapi adalah penyakit. Hampir 90 peratus remaja akan mengalami masalah jerawat. Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan jerawat tumbuh antaranya pertumbuhan jerawat disebabkan pertukaran hormon.

Bagi remaja, misalnya, hormon endrogen bertindak pada kelenjar dan membesar dan terus tersembul. Ia juga dikenali sebagai bintik putih atau white head. Apabila kelenjar membesar ia mengeluarkan minyak yang berlebihan, sel akan melekat serta tersumbat dan menyebabkan kuman yang dikenali sebagai Propionibacterium acne mudah bertindak ke atas sebum (minyak) dan bertukar kepada asid lemak.

Asid lemak, akan meresap keluar dan menyebabkan saluran darah pada kulit membesar serta menjadi merah. Ia akan menarik sel darah putih dan ia akan bercampur dengan bakteria seterusnya menghasilkan nanah.

Katanya "Jerawat sebenarnya tidak merbahaya. Bagaimanapun perlu dirawat dengan cara yang betul kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika tersalah rawatan seperti meninggalkan parut,"



Okey now adakah kamu semua dah faham ??
Kalau dah faham bagus-bagus.. Hahaha :D So korang perlulah mengamalkan tips or petua-petua sebab reen bukan sahaja nak ingatkan korang malahan reen nak mengingatkan pada diri reen sendiri.

Bubbye
~Reen~


27 September 2013

Study Hard !!

Sumber gambar : Pakcik google



 Assalamualaikum 


Oh No! No! No! No!!!!
Minggu depan hari jumaat (04.10.2013) sekolah reen yang pelajarnya mengambil subjek add sc bakal menghadapi exam lagi. Huhuhuhu.. Baru je habis trial dan bakal menghadapi SPM , ingatkan dah tak ada exam dah. Huhuhu.

Cikgu reen kata nanti bukan cikgu yang jaga kitaorang time exam tapi pengawai dari mana tah yang bakal jaga kitaorang time exam tu. Lebih kureng macam SPM sebenar la ni tapi bukan exam besar tu. Sekolah lain reen tak tahu ada exam ni jugak ke tak yang pasti kitaorang pelajar add sc bakal menghadap exam minggu depan. Dan yang paling bestnya kami dibagitahu seminggu sebelum tu. Maksudnya Semalam la.. Dengan terkejutnya kami menerima berita tu. Huhuhuh..

Tapi kan... Nanti kitaorang jawap exam tu dekat mana erk ??? Sebab setahu reen semua bilik darjah akan digunakan untuk PMR.. Hmmm. Keliru~

Eh ??? Pape jelar yang pasti reen kena study hard for this exam. Sebab reen tak nak dan tak nak dan tak nak ulangi kesilapan yang lama. Huhuhu.

Then tadi jugak reen dah tengok soalan umum untuk sejarah kertas 3. Soalannya masuk ting 5 bab 9. Fuhhhh.. Rasa berdebar-debar sebab kitaorang kumpulan pertama yang bakal menghadapi 'Sejarah Wajib Lulus'. Huhuhu..

I hope. I hope. I hope.. Reen dan rakan-rakan yang lain dapat menjawap dengan tenang dan mendapat result yang baik dan cemerlang.
Amin~~

Guys doa-doakan kejayaan reen dan rakan-rakan yang lain okey.

Sumber gambar : Pakcik google


Bubbye
~Reen~

25 September 2013

Jadual SPM..




Okey bagi sesiapa yang bakal menduduki SPM pada tahun ini *2013* korang bolehlah semak jadual korang di "sila tekan disini" .

Reen dah check tarikh-tarikh reen ada exam.. Sedih, sedih.. Subjek ICT adalah salah satu subjek sehari sebelum hbis exam SPM.. Tarikh exam ICT reen Rabu 04.12.2013.. Rakan-rakan sekelas reen yang ambik RC *reka cipta* tahniah la korang sebab habis exam awal 26.11.2013 last paper yang korang kena ambik iaitu add sc..

Ramai orang bertanya ada ke subjek add sc ??? 
= Eh.. Korang jangan pelik sangat taw.. Sebab kalau tak ada subjek tu tak la reen ambik subjek add sc tu. 

ataupun.. 

Add sc tu macam mana ???
= Okey guys, add sc tu macam sc tulen yang ada kimia , fizik , dan biologi. But add sc ni kitaorang belajar yang asas SAHAJA.. Cikgu reen kata subjek ni diperkenalkan untuk mereka-mereka yang tak nak atau tak berminat mengambil aliran sc tulen.. Dan.. Dekat selangor hanya beberapa buah sekolah sahaja yang mengambil subjek ni but kalau dekat belah-belah terengganu sana banyak jugak sekolah ambik subjek ni. *cikgu reen yang kata reen*

Okey tamat cerita add sc tu. Cikgu aliza *cikgu subjek sejarah* kata soalan umum kertas 3 keluar hari ni. Tapi reen check tak ada pon. Why ? Why ? Why ?
Maybe belum keluar lagi kot kan. hmmmmm..

Then tadi reen pergi jumpa cikgu kauseling , sebab reen nak tanya pasal kerjaya yang patut reen pilih. Tapi cikgunya busy so reen dengan rakan reen kena jawap soalan yang dibagi dekat kertas tanpa dibantu or diberi tunjuk ajar oleh cikgu. *tengok berdikari tak kitaorang. Hahuhahuha*. Lepas reen dah jawap soalan reen semak dekat buku apatah namanya reen tak ingat la. Tapi.. dekat situ tulis kerjaya sesuai dengan reen belah-belah kewangan sana. Huhuhu now reen bertambah pening tak tahu nak pilih kerjaya yang mana satu. :'(  Anybody help me , please ???


Okey reen nak undur diri dulu..
..Assalamualaikum..


Bubbye
~Reen~

24 September 2013

Adakah aku sudah bersedia ??



Adakah reen dah bersedia ??? Bersedia untuk menunggu tarikh 06.11.2013 , bermulanya exam SPM. Adakah reen dah bersedia untuk menjawap paper-paper SPM itu ?? Adakah reen dah bersedia dari segi fizikal dan mental ?? Adakah reen dah bersedia untuk menjawap topik-topik yang reen dah belajar selama ini ?? Adakah ? Adakah ? Adakah ?? Huhuhuhu,,.. Semua ni buat reen rasa takut je.. Trial reen pon tidak memuaskan hati reen , hati ibu bapa reen, hati guru-guru reen..

Nampaknya reen kena study betul-betul kali ni. Sehabis mungkin sebab kalau ditolak-tolak lagi berapa minggu je lagi. Huhuhu.. Btw.. Siapa boleh ajarkan reen add math.. Reen nak lulus add math time SPM nanti sebab reen tak nak ada kecacatan dekat sijil reen.. Hope-hope reen boleh lulus semua subjek dan mendapat A+ kesemua mata pelajaran..
Amin~

Reen nak paper reen macam ni ::

Gred A ++++ .. Hahuhahuha..


Reen tak nak time study macam ni ::


Situasi selalu berlaku time reen nak study add math :(




Berusaha. Berusaha. Berusaha.
:: Usaha tangga keyajaan ::

Assalamualaikum..

Bubbye
~Reen~


15 September 2013

Mee Sezzling !! Yummy~ Yummy~

YumYum.. I like mee sezzling.. Reen mula makan mee sezzling selepas rakan reen a.k.a bekas kawan baik reen si A *time ting 1 - 3* memberitahu reen yang sezzling ni sedap dan ni antara makanan kegemaran si A. Mula-mula reen terfikir sedap sangat ke sezzling ni?? Then reen pon mencubanya dan tak dinafikan reen pon mula berminat dengan sezzling ni. Dulu reen suka pergi shooping mall semata-mata nak makan mee sezzling sebab sezzling dekat situ sedap sangat.But now tak lagi,. reen jarang pergi shooping mall dah sebab papa reen busy bekerja. :(

Then kes tak tahan nak makan sangat sebab dah lama tak makan.. Finally!!! Reen buat sendiri sezzling tu dekat rumah tapi tak la sesedap dekat luar sana. Cubaan pertama tak menjadi, mee-nye tak menjadi , kuahnya tak pekat bak kata papa reen tak kaw!!!! Then reen buat kali yang kedua and alhamdulillah berjaya jugak.. Kuahnya dah pekat , mee tak kembang sangat kalau ikut tafsiran reen sedang-sedang jelar.. Not bad~ hahhahaha  :D

And kawan baik reen , sara . Oleh kerana dia tak pernah makan mee sezzling ni , dia pon mintak resepinya dekat reen . " Sara !! Nanti hang masak hang bagi ceq sikit ok?? "

Btw.. sorry taw sebab reen tak ambik gambar step by step cara-cara memasaknye agar mudah korang nak masak nanti. Huhuhu.. Contoh mee sezzling yang reen masak pon reen tak sempat nak ambik. Yelar dah lapar sangat. :(


#Resepi# :
Mee sezzling.

Bahan-bahanya : *ni untuk sorang makan je taw*

- 1 sanggul mee kering.
- 3 ulas bawang putih.
- 1 keping isi ayam *potong la ikut suka hati korang*
- 1 biji cendawan shitake *cendawan kering , tolong rendam sehingga lembut dan potong 4*
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 keping cili keping *potong 2 atau 3*
½ halia *hiris nipis taw*
- sedikit minyak untuk menumis
- serbuk lada hitam
- garam *macam biasa la secukup rasa*
- satu sudu besar tepung jagung
- 1 mangkuk air *jangan letak benyak sangat airnya terlebih dahulu*

Cara-caranya :

- Tumis bawang putih, halia dan cili sehingga naik baunya.
- Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong sehingga empuk.
- Masukkan air , sos tiram , kicap cair, kicap pekat , garam serta lada hitam. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan cendawan shitake.
- Kacau tepung jagung dengan kuah yang mendidih tadi di mangkuk sehingga tidak berketul-ketul.
- Masukkan tepung jagung yang telah dikacau tadi ke dalam kuah sezzling kita yang tengah mendidih.
- Kacau beberapa minit sehingga sebati.
- Masukkan kuah sezzling di mee kering.
- Sedia dihidangkan.


#Pendapat#

- Jangan masukkan tepung jagung tanpa dikacau dengan air sejuk sebelum dimasukkan kedalam bahan kuah sezzling kerana anda akan membuatkan tepung jagung tadi berketul-ketul. Nanti kuah anda tak menjadi reen tak tahu ye..

- Air kuah tu terpulang dekat anda sebab kalau korang rasa nak pekat kuahnya letak sikit jelar , nak cair kuahnya letak la berapa cawan yang anda suka.

- Anda boleh menambah bahan-bahan di kuah anda. Terpulang la nak masukkan sayur apa pun terpulang okey??



Okey korang selamat mencuba.

Bubbye

~Reen~

13 September 2013

Oh my trial result !!!

huhuhuhu.. Berapa kali la graduasi sekolah reen nak ditangguh ni. Masuk kali ni dah beberapa kali dah. Sebenarnya cikgu yang salah info then maklumkan dekat kitaorang ke apa ni ???

Krik..Krik..Krik..Krik..

Baju semua reen dah sediakan , makin lambat hari graduasi ni makin banyak lagi la baju yang menarik perhatian reen. Nasib baik la duit dekat tangan reen tak banyak. Ciput saja~ kalau tak banyak la belanja yang reen kena keluarkan. Huhuhu..

Sedih betul~

Sedara reen kata nanti dapat buku graduasi ada selitkan sekali dengan result trial. Betul ke??? Ni la yang reen takur sangat ni. hari ni reen bari dapat beberapa paper. Tu pon bagi reen just cukup-cukup makan.

Huh apa ni reen, trial kan?? Buat main-main pulak !! Dah nak SPM ni , jangan nak main-main lagi !!

Kalau reen tunjuk paper tu dekat papa mesti papa marah reen. Huhuhu takutnya nak tunjukkan dekat papa. Baik papa dengan mama tak tanya lagi pasal paper apa yang reen dah dapat. Huhuhu haru betul~

*rasa nak menangis ni* :'(



sumber gambar : khas dari fazrina hanim sendiri.

sumber gambar : pakcik google


Okey lagi beberapa minggu je lagi maybe lebih kurang sebulan lebih reen akan menduduki SPM. So reen  chaiyok~ you can do it !! Don't give up. dan bagi rakan - rakan reen yang lain jugak jom kita berusaha untuk mendapat result yang cemerlang dalam SPM.

Amin~

Assalamualaikum.

Bubbye
~Reen~

Gambar membesar ??

Hai, hari ni reen nak post tentang gambar membesar bila cursor menyentuh. Ni reen carikan untuk tolong my friend aieyn yang baru buat blog. Yaa.. Reen tahu reen pon blogger yang baru bertapak dan masih belajar untuk berjalan. Huhuhu.. :'(

Okey forget that.. Tahu tak macam mana gambar membesar bila cursor menyentuh ni?? Ala.. Dia lebih kurang macam kita 'zoom' gambar. Macam gambar dekat bawah ni .. Cuba letak cursor korang dekat gambar tu.

Kyla aku curi pakwe ko spangebob. Tak pe kan? kan? hahaha

Bagi kawanku aieyn.. Dan rakan-rakan yang lain..


Step 1 : Pergi ke Dashboard -> design -> edit html

Step 2 : Tekan Ctrl F *serentak* dan cari code <head> 

Step 3 : Tolong copy code dekat bawah ni :


<style>.post img:hover {-o-transition: all 0.3s;-moz-transition: all 0.3s;-webkit-transition: all 0.3s;-moz-transform: scale(1.2);-o-transform: scale(1.2);-webkit-transform: scale(1.2); }</style>

Step 4 : Paste dekat bawah code yang dicari tadi tu taw.. Macam dekat bawah ni..


<head>
<style>.post img:hover {-o-transition: all 0.3s;-moz-transition: all 0.3s;-webkit-transition: all 0.3s;-moz-transform: scale(1.2);-o-transform: scale(1.2);-webkit-transform: scale(1.2); }</style>


Step 5 : Preview -> save 


Semak-semak. Jadi ke tak?? Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak maybe ada step yang korang terlepas pandang..

#bagi yang tak tahu tu cuba la. Bagi yang dah tahu tu senyap-senyap je la#

(: Selamat mencuba :)


Assalamualaikum..


Bubbye
~Reen~

11 September 2013

Pelbagai ragam ??





Hidup ini penuh dengan pelbagai ragam terutama ragam si manusia, pelbagai benda yang harus kita tempohi. Hidup ini bagaikan roda kerana tidak semestinya kita sentiasa berada diatas atau sentiasa berada dibawah.

Orang yang baik tidak semestinya sentiasa baik.
Orang yang jahat tidak semestinya sentiasa jahat.
Orang yang pandai tidak semestinya sentiasa pandai.
Orang yang kurang pandai tidak semestinya sentiasa menjadi kurang pandai.
Orang yang kuat tidak semestinya sentiasa kuat.
Orang yang lemah tidak semestinya sentiasa lemah.
Orang yang kaya tidak semestinya sentiasa kaya.
Orang yang miskin tidak semestinya sentiasa miskin.

Oleh itu kita haruslah sentiasa ingat tentang arus kehidupan . Jangan berkelakuan riak dan sombong , kerana dengan usaha yang lebih orang yang dibawah juga dapat bangkit dan naik keatas.

Assalamualaikum.

Bubbye
~Reen~


09 September 2013

Good bye Trial, Hello SPM..

Yeahh,.. Hari ni last paper untuk trial SPM bagi reen dan classmate reen yang lain. Aishhh pening woo ni baru trial dah stress macam jawap kertas SPM sebenar.

Trial dah tamat , SPM menanti dibelakang ...

Ingat!!! terutama bagi batch 96's macam reen.. Lagi beberapa bulan je yang tinggal ni. Reen nak kena kejar LRT!! Korang pulak?? Mesti korang dah selamat naik LRT kan?? Untunglah :(

Reen cemburu tengok kyla.. Add math dia pandai, subjek lain jangan katalah memang dah ada dalam tangan. Kan kyla kan?? Huhuhu.. Cemburu. Cemburu.

Reen wake up, do not sleep and dreaming. Hurry!! LRT was about to move this. Hurry!!

Sumber gambar : Pakcik google

Jika kita berhasrat untuk berjaya janganlah hanya memandang ke tangga , tetapi belajarlah untuk menaiki anak-anak tangga itu sehingga ke puncak.  :)

Sumber gambar : Pakcik google

Setiap apa yang kita lakukan perlulah diiringi dengan doa , usaha dan tawakal. :)


Reen memang tak pandai bagi pendapat. Tetapi.. Reen hanya bagi idea dan pandagan malahan reen pon belajar untuk berusaha berhabis-habisan untuk SPM.. Insya'Allah.

Assalamualaikum.

Bubbye
~Reen~

08 September 2013

Happy day - ( Part 2 versi edit )

Yang ni adalah gambar part 2. Sambungan daripada part 1 yang sebelum ni. :)
Ni versi edit. Reen tahu reen edit tak secantik awak semua edit. *angkat bendera pink* Huhuhu..












Reen tak ada idea nak tulis apa lagi. Hehehe.
so....

Assalamualaikum.

Bubbye
~Reen~

Happy day - (Part 1)

Hari ni reen pergi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Best.Best sebab selalu reen pergi dengan my best friend, sara and my friend zarul. But tadi ramai sikit dan perangai giler-giler semua keluar sampai kena tegur dengan orang sekeliling sebab bising. Tak patutkan kitaorang. Opsss... Sorry~

Tadi sara lupa bawak kamera. Sedih.sedih *lap air mata Huhu* so terpaksa ambik pakai fone cikai reen je. Huhuhu :(

So... Ni la hasilnya..

Reen tak pandai buat mata macam dia ni. Haha.

Ni kawan kitaorang. Nama dia Din a.k.a my grandpa a.k.a Mr.aladin. :D






















Dia ni tunjuk arah ke???




Ni la anaknya Encik Osman dan Puan Suhaila. Kakak kesayangan kepada 3 orang adik iaitu hani, faizal dan faris. Hahaha.

Yeah awak!! saya nampak awak dengan jelas ni. Hahaha :D


Ni pon reen sempat snap. Motif?? Batak?? Apa itu batak??

Kira okey ke K.O hasilnya tu?? Huhuhu.. 
Eh?? Tak sempat nak ambik gambar kawan-kawan yang lain. Sedihh..nya.. huhu
Okey sampai sini je.
Assalamualaikum

Bubbye
~Reen~