Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

26 November 2013

Memori mαsαm-mαsαm-mαnis.


., Assαlαmuαlαikum ,.

Finally ~ Tinggal satu je paper yang reen perlu ambik iaitu ICT . ICT paper last yang sekolah reen ambik iaitu pada 04.12.2013 , tadi paper add sc . Huh pening kepala woo jawapnya , kertas 1 kira okey la sebab objektif , kertas 2 memang mencabar sesangat , kertas 3 boleh tahan la. Tapi semua kertas tu reen keluar beberapa minit sebelum 10 minit terakhir , mana taknya yelar tak sanggup reen nak pandang kertas-kertas tu lagi , rasa nak nangis je rasanya. 

Tadi time nak solat zohor boleh pulak tak ada air dekat surau , geramnya~ . So terpaksa la ambik dekat toilet. Yang lawaknye reen pergi panjat sinki dekat toilet tu sebab susah sangat nak ambik. Yelar reen ni pendek je. Sedih,sedih.. Tapi ada jugak yang follow reen panjat sinki tu. Hahahhaa

Lepas habis paper 3 kitaorang semua mintak tandatangan dekat baju la, tudung la bak kata orang , kenang-kenangan. hahahah. Dalam pada masa yang sama , sambut birthday sara sekali . Wahhhh, meriah ..

♥ To sara~
HAPPY BIRTHDAY , sayang .
I hope may Allah bless you , friend . :)
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki . Semoga berjaya tidak kira didunia mahupun diakhirat. Aku harap kita dapat jadi Best Friend Forever.
I love you ;) 
♥ Salam sayang dari Sahabatmu~

Sara ,.. Sorry baling tepung dan telur tadi taw, tak pe tahun akhir kan.kan.. Nanti dah masuk ke alam university or work susah pulak kita nak jumpa karang. 

Tapi kan ...
Reen geram betul dengan azri , reen tak terlibat dalam baling tepung dengan dia pon kena kejar jugak . Eiiii~ geramnye. Last-last reen kejar dia dari awal kawasan pagar sekolah tu sampai akhir kawasan sekolah . Memang bersenam giler la reen tadi , baik reen pakai kain kalau tak memang dah kena mamat tu dengan reen.

Tapi walauapapun, hari ni memang best. Yelar memori-memori akhir sekolah perlu disimpan untuk kenangan masa hadapan. Entah bila dapat jumpa diaorang lagi. Tinggal separoh kelas reen je pulak yang ambik ICT , yang lain pilih RC so diaorang memang dah merdeka la. Huhuhu..

Sedihnye~ ♥ Rindu korang semua  Rindu sekolah  Rindu kelas  Rindu cikgu  Rindu taman dekat sekolah  Rindu acik kantin dan acik kebun  Hahahhuhuhu.. 

Esok reen nak cari kerja. Hope-hope dapat. Korang semua tolong doakan reen ye , reen dah tak tahu nak cari kerja dekat mana ni. Reen tak nak lepak or duduk terperap dekat rumah je. Reen nak cari duit sendiri , nak berdikari jugak macam kawan-kawan yang lain. So doakan reen agar dapat kerja esok okey ??
Amin~

Hehehe.. Klar.. Reen dah penat ni sebab tadi main kejar-kejar. Hehehe. Bubbye. Salam sayang dari Reen.


22 November 2013

Kek coklat oreo Versi fazrina hanim


Assalamualaikum ,. 

Hari ini reen ada buat resepi baru. Reen agak-agak je. Series ni reen tak tengok mana-mana resepi lain , ni memang khas dari Secret's kitchen sis FAZRINA HANIM . Wahhh , minggu ni jew reen dah buat 3 kali kek . Satu kek original coklat , kedua kek coklat + milo , ketiga kek coklat oreo . Sebenarnya resepi ni semua hampir sama jew. Just tolak tambah sikit bahan-bahannya . 

Kek kalau dekat rumah reen ni memang laku jew. Semuanye asyik kelaparan termasuk reen , nasib baik tueary sempat simpan dekat sara sikit. Kalau tak memang kempunan la sara nak rasa kek tu. Hehehe.

Okey la selamat mencuba resepi Kek Coklat Oreo Versi Fazrina Hanim di Secret's kitchen sis FAZRINA HANIM.

Bahan-bahan kek coklat oreo :


-          1 ½ cawan tepung kek / tepung gandum - (Ayak) *
-          1 sudu teh bikarbonat *
-          1 sudu the serbuk penaik (baking powder) *
-          1 sudu teh serbuk serbaguna - (Ni kalau tak letak pon tak pe) *
-          2 sudu besar serbuk koko *
-          3 biji telur
-          1 ½ cawan gula caster - (Reen buat satu cawan jew. Tak mau manis-manis)
-          1 buku mentega / 1 cawan minyak
-          1 cawan susu cair / segar
-          1 peket biskut oreo - (hancurkan sikit taw)

Cara-cara :

-          Campurkan bahan yang bertanda bintang *
-          Bagi yang pakai mentega , cairkan mentega terlebih dahulu . Apabila suam masukkan susu.
-          Didalam bekas lain mix telur dengan gula sampai kembang.
-          Apabila sudah kembang masukkan , masukkan mentega dan mix lagi.
-          Dah mix dalam beberapa minit tu , kira dah sebati bahan tadi tu masukkan pula susu campur mentega tadi bersilang dengan tepung yang dicampur dengan bahan lain tu.
-          Bakar selama 40 minit . Kalau kukus pon boleh sebab reen selalu kukus je senang.
-          Sementara tunggu kek masak , buat topping pulak. (bahan dan cara buat topping oreo krim ade dekat bawah)

Bahan untuk topping :

-          1 peket oreo - (hancurkan kalau boleh blander jew. Hahaha)
-          1 ½ cawan whipping cream (tambah la lagi kalau nak banyak-banyak)

Cara-cara :

-          Mix whipping cream sampai kembang.
-          Bila dah kembang letak oreo , kemudian sebatikan.
-          Apabila kek dah masak sejukkan dulu baru boleh letak topping , kalau tak nanti cair krim korang.
-          Topping cantik-cantik biar menarik kek korang. Sejukkan dulu baru sedap , kemudian sedia untuk makan. Yummy~




♡ SLMT MNCUB∂ 



       

21 November 2013

Kawanku , Sahabatku



Assalamualaikum ,.

Wahh. Bagaikan dah merdeka dari exam SPM pulak. Tadi baru lepas exam add math. Wahhh.. So teruja jawap soalan-soalannya , kertas 1 boleh tahan but kertas 2. Huhuhu sedih lols~

Cikgu-cikgu reen cakap 
'Awat keluar awal ?'

Kitaorang yang keluar awal ni jawap la 
'Soalannya terlampau senang cikgu.'

Series memang terharu. Reen ngadu la dekat kawan reen yang tak ambik add math perhhh.. Sakitnye hati !! Rasa nak ketuk je kepale dia tu. Huhuhu!!!









Tengok, tengok. Exam-exam pon menyempat kitaorang snap,snap ..

Hehheeh.. No la. Ni semua gambar time kelas tambahan . Yelar ada masa bosan-bosan tu snap-snap la sebab kitaorang jenis tak boleh duduk diam. Terutama kawan-kawan reen semua kaki bergambar. Snap-snap ni bagaikan lumrah nak dikatakan. Huhahuha..

Doakan kami bersama sampai hari tua , bersahabat sampai bila-bila . Dan doakan kejayaan kami didunia mahupun diakhirat. Amin~

Bubbye. Salam sayang Reen ~

13 November 2013

Persahabatan


., Assalamualaikum ,.

Tadi reen baru je habis paper sejarah 1 & 2 . Kertas exam tahun ni memang mencabar dan sejarah kertas 2 tadi banyak soalan yang memerlukan jawapan kbkk.. Okey memang memerlukan kemahiran berfikir yang giler-giler. Tak pernah selama ni reen jawap soalan kbkk tapi hari ni memang hampir semua soalan kbkk reen tulis. Antara okey ke tak jawapannya reen berserah kepada Allah agar dapat lembutkan hati pemeriksa yang periksa kertas reen dan rakan-rakan reen. Amin~

Now reen nak story pasal persahabatan. Adakah korang tahu apa itu persahabatan ??? Hah kalau tak tahu cer cari dekat uncle google. Hehehehe.. Ramai orang kata perempuan susah untuk berkawan lama tetapi lelaki memang senang untuk berkawan lama sejak dari alam sekolah kecik-kecik dulu sampai ke alam dewasa sehingga ke tua sampai ada anak cucu semua. Betul ke ?? Tapi kenapa ?? Adakah perempuan tak setia dalam persahabatan ?? Hmm.. Reen pon tak pasti. Tapi memang kalau ikut reen pon tak ada kawan yang dari sekolah rendah rapat sampai sekarang. Hmm kenapa erk ?? 

Hope-hope now tak lagi. 
Reen dah selesa dengan diaorang semua dan reen pon ada best friend yang sering menasihati reen kalau reen terlupa tetang peranan reen sebagai seorang muslimah. Yelar reen cuma seorang manusia yang lemah yang mungkin akan melakukan kesilapan tanpa reen sedari. Hehehehehehe..









Eh ?? Gambar dekat atas ni tak ada kyla dengan aieyn la.. Ala... Huhu

Reen akan menangis kalau reen keseorangan sebab tular reen tak selalu bersendirian ataupun orang kata apa .. Bawak diri .. Hah lebih kureng macam tular. Hehehehe. 

Klar reen nak undur diri *not bawak diri oky* haha. 
Bubbye . Salam sayang dari reen . Assalamualaikum .


11 November 2013

Keliru



Aku tidak tahu apa yang aku tengah fikirkan sekarang ini ,

Apa yang aku mahukan sekarang ini,

Apa yang aku perlukan detik ini.


Aku keliru ..


Aku tidak tahu apa yang aku hendak capai,

Apa kelebihanku agar aku boleh mencapai impian itu ,

Apa yang aku inginkan ???


Aku keliru ..


Seolah-olah aku bukan calon SPM 2013 ,

Aku dengan selamba melihat masa yang berlalu dengan pantas,

Aku seolah-olah tidak mengetahui bahawa masa itu emas .


09 November 2013

Final Gathering (PTRS)


., Assalamualaikum ,.

Okey ni betul-betul bukan tipu-tipu taw . Reen rindu tempat tuisyen reen. Huhuhu.. hehehehe..
Walaupon semua cikgu dekat tempat tuisyen reen tu non-muslim but diaorang peramah sangat dan senang la kalau nak cakap dengan diaorang , tak segan-segan gitu. Hehehehe...

Hari akhir tuisyen , cikgu-cikgu buat makan-makan sikit *sikit tapi sebenarnya banyak. hahaha* Tapi reen terpaksa balik awal sebab papa kena pergi kerja so no choice la. -.-


Sebelum balik tu sempat jugak reen dan yang lain-lain snap,snap,snap .. Tapikan.. Elok jugak papa reen ambik reen awal sikit sebab lepas reen balik tu ade game then kena cakap one by one dekat depan about kita punya perasaan or penggalaman semasa dekat tempat tuisyen tu. Oh no.. Reen tak suka part cakap one by one tu. Huhuhuhahahaha ..






Klar reen ada hal sikit nak kena buat. Jumpa di next post reen okey. Hehehhehehe..
Bubbye. Salam sayang dari reen. Assalamualaikum.


Red Velvet


., Assalamualaikum ,.

Hari ni reen nak share resepi red velvet . Okey kek ni rasanya boleh tahan sedap jugak la. Dua kali reen buat sebab first time tu padat sebab reen tak ikut peraturan-peraturan buat kek dengan betul . Hehehehe.. Yelar terlampau teruja sangat nak buat red velvet ni. 

Then , time first time tu reen buat cara membakar but reen tak suka sangat cara membakar. So kali kedua reen buat cara mengukus pulak. Sebab reen suka guna pengukus kerana kalau guna pengukus bagi reen kek tu lembut. Memang betulkan kalau kukus kek lembut jadinye. Reen pon kesian dekat adik kesayangan reen yang kecik sekali tu sebab nanti kang susah dia nak makan, dah la dia tu kuat makan. Hahahaha..

Reen tak berapa gemar cheese banyak sangat tapi adik reen yang lain okey je so reen pon ikut jelar resepi sebenarnya. Kalau tak nak jew reen ubah resepi tu terutama part letak cream cheese. Hehehehe..

Bahan nak buat dan caranya senang jew. Okey now jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek red velvet ni. 


Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk (bagi yang tak ada bahan ni , boleh jew buat sendiri)
    - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula (bagi yang tak suka manis-manis, dialu-alukan kurangkan sukatan tu)
  • 1 sudu besar jus perahan lemon (ni just bahan tambahan je. Tak letak pon tak pe.)

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk bagi yang tak ada bahannya lalu buat sendiri. 
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus macam reen buat. Hehe.
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Okey gambar red velvet atas tu just gambar yang reen ambik dari google. Sebab reen tak sempat ambik gambar time buat red velvet ni. Hehehehe..
Sorry~

.. Selamat mencuba ..
. Bubbye . Salam sayang dari reen . Assalamualaikum .

08 November 2013

Eh ?? Dah SPM la...


., Assalamualaikum ,.

Okey kali ni reen nak share pasal persiapan saat-saat akhir reen dan jugak hari pertama SPM. First day , paper bahasa melayu . Apa yang cikgu-cikgu reen target masuk , tak masuk . Huhuhu.. sedihs~ Tapi nak buat macam mana kan ? Redha jelar .. Hope-hope pemeriksa kertas tu semua baik dalam bab bagi markah. Amin~ hehehe..

Saat-saat akhir ni memang banyak kelas macam kelas sejarah , add sc dan bahasa melayu. Full je jadual kami semua setiap minggu. Tapi takpe.. Demi SPM!!! hehehe.

Tak sangka.. Pejam celik pejam celik dah SPM.. Rasa macam baru semalam langkah ke sekolah menengah. Huhuhu. Yelar kalau nak kata baru masuk tadika macam teruk sangat kan ?? Hahaha.

Arghhhhhhh!! Noooo!!! Rasa macam berat hati nak tinggalkan sekolah .. Nanti dah tak dapat jumpa cikgu , dah tak dapat bergurau senda dengan cikgu , tak dapat buat bising dalam kelas sampai cikgu naik pening~ hehehehuhuhu...

Tapi nak buat macam mana kan. Kehidupan harus diteruskan , harus langkah kedepan , harus maju kehadapan , harus berjaya sampai kepuncak.. 

Hehehehehe.. Cehhh ayatnya~ hahahhaha..




Hah .. Gambar dekat atas ni time hari majlis restu ilmu. Tapi sayang seribu sayang sebab time majlis tu tak sempat ambik gambar semua nangis habis-habisan. hehehhe.. So dapat ambik part makan kek air tangan guru kelas kami , cikgu rohaida. Sedap kek dia buat tapi reen dapat rasa sikit je sebab tekun sangat bergambar dengan cikgu. hehehehe.



Okey gambar atas ni pulak kelas-kelas tambahan yang cikgu adakan untuk kami. Sambil study pon tak terlupa nak snap,snap,snap.. Hahahha..





Atas atas ni pulak first day exam SPM bermula .. Pic ni time kami rehat dan study la ape yang patut. Then tanya la serba ringkas dekat cikgu saat-saat akhir dan terdesak ni..

Okey la sampai sini dulu .. Insya'Allah next time reen akan post lagi story-story terbaru. Or.. reen share resepi ke ?? Hah.. So selalu la jeling-jeling kitchen fazrina hanim. hehehehe.. Bubbye. Salam sayang dari reen . Assalamualaikum .

Graduasi - Part 2



., Assalamualaikum ,.

Hmm.. Choi~ Apalah reen ni kan . Exam , exam pon menyempat nak post sesuatu dekat blog. Isy, isy , isy .. Hehehehe..

Okey .. 

Reen just nak share gambar time graduasi dengan cikgu-cikgu kesayangan reen dan dengan kawan-kawan reen jugak . Tapi .. Reen tak sempat ambik gambar dengan sara. Huhuhuhu.. Ada memang la ade tapi sikit jew tu pon tak berape okey. Sedihs~  :"(






Hah ,.. Ni la cikgu kesayangan kami satu kelas 5 techno 1 . Kami dah anggap cikgu aishah macam mak kesayangan kami jugak. Cikgu aishah banyak ajar kami dalam bab mengira-ngira ni. Cikgu sabar ajar sampai kami boleh faham sesuatu jalan pengiraan tu. Kadang-kadang cikgu aishah merajuk. Yupp.. cikgu pandai main merajuk-rajuk dengan kami sekelas , cikgu merajuk comel giler~ Hahahaha..
Btw.. We love you cikgu aishah. :)


Ni reen dengan bebudak perempuan kelas reen bergambar dengan teacher bahasa english kesayangan kitaorang , teacher hayati. Teacher setia ajar kami dari kami form 4 lagi. Sama macam cikgu aishah.

Ini gambar dengan ustazah kesayangan kitaorang , ustazah nor asikin. Thanks ustazah 
sebab sabar mengajar kami pelajar-pelajar 5 techno 1 yang nakal-nakal ni. hehhehe.


Okey la sampai disini jew dulu. hehehe. Bubbye. Salam sayang , reen .. Assalamualaikum.