Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

08 November 2013

Eh ?? Dah SPM la...


., Assalamualaikum ,.

Okey kali ni reen nak share pasal persiapan saat-saat akhir reen dan jugak hari pertama SPM. First day , paper bahasa melayu . Apa yang cikgu-cikgu reen target masuk , tak masuk . Huhuhu.. sedihs~ Tapi nak buat macam mana kan ? Redha jelar .. Hope-hope pemeriksa kertas tu semua baik dalam bab bagi markah. Amin~ hehehe..

Saat-saat akhir ni memang banyak kelas macam kelas sejarah , add sc dan bahasa melayu. Full je jadual kami semua setiap minggu. Tapi takpe.. Demi SPM!!! hehehe.

Tak sangka.. Pejam celik pejam celik dah SPM.. Rasa macam baru semalam langkah ke sekolah menengah. Huhuhu. Yelar kalau nak kata baru masuk tadika macam teruk sangat kan ?? Hahaha.

Arghhhhhhh!! Noooo!!! Rasa macam berat hati nak tinggalkan sekolah .. Nanti dah tak dapat jumpa cikgu , dah tak dapat bergurau senda dengan cikgu , tak dapat buat bising dalam kelas sampai cikgu naik pening~ hehehehuhuhu...

Tapi nak buat macam mana kan. Kehidupan harus diteruskan , harus langkah kedepan , harus maju kehadapan , harus berjaya sampai kepuncak.. 

Hehehehehe.. Cehhh ayatnya~ hahahhaha..




Hah .. Gambar dekat atas ni time hari majlis restu ilmu. Tapi sayang seribu sayang sebab time majlis tu tak sempat ambik gambar semua nangis habis-habisan. hehehhe.. So dapat ambik part makan kek air tangan guru kelas kami , cikgu rohaida. Sedap kek dia buat tapi reen dapat rasa sikit je sebab tekun sangat bergambar dengan cikgu. hehehehe.



Okey gambar atas ni pulak kelas-kelas tambahan yang cikgu adakan untuk kami. Sambil study pon tak terlupa nak snap,snap,snap.. Hahahha..





Atas atas ni pulak first day exam SPM bermula .. Pic ni time kami rehat dan study la ape yang patut. Then tanya la serba ringkas dekat cikgu saat-saat akhir dan terdesak ni..

Okey la sampai sini dulu .. Insya'Allah next time reen akan post lagi story-story terbaru. Or.. reen share resepi ke ?? Hah.. So selalu la jeling-jeling kitchen fazrina hanim. hehehehe.. Bubbye. Salam sayang dari reen . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::