Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

23 August 2013

Petua untuk menguatkan daya ingatan.

Assalamualaikum..

Hari ni reen nak share pasal petua untuk menguatkan daya ingatan. Yelarr now dah nak masuk bulan 9. Minggu depan reen akan menghadap trial SPM. Siapa yang cakap trial tak penting tu memang tak patut. Sebab trail tu sangat penting contohnya time kita nak memohon dekat mana-mana IPTS. Hah tengok betapa pentingnya trial ni.. Okey tanpa membuang masa reen nak kongsi petua macam mana nak kuatkan daya ingatan terutama bagi siapa-siapa yang bakal menghadapi exam tak kira exam yang besar like SPM or exam kecik macam exam bulanan disekolah.

Tips :
- Membaca Al-Quran. 
Paling kurang pon sehelai sehari kerana dengan membaca Al-Quran hati kita akan sentiasa senang dan in shaa Allah akan menajamkan daya ingatan kita.

- Mengawal tekanan.  
Tekanan akan menyebabkan daya ingatan kita terganggu dan jiwa kita juga tidak tenang. Bukan itu sahaja tekanan juga akan menjadikan kesihatan kita terganggu.

- Mengamalkan tidur yang secukupnya.
Badan kita perlukan rehat yang cukup. Apabila rehat kita tidak cukup ia akan mengganggu maklumat yang telah kita simpan malahan otak kita mungkin akan terjejas dengan apa yang bakal kita pelajari.

- Bersenam.
Dengan bersenam kita dalam menggerakkan otot-otot serta melancarkan peredaran darah ke otak dan membuatkan daya ingatan kita menjadi lebih baik. Kita harus mengamalkan senaman walaupon hanya berjalan kaki tetapi bagi yang islam solat itu juga adalah salah satu daripada senaman.

- Menggelakkan diri dari kemurungan.
Kemurungan akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak segar, tidak ceria dan berasa kecewa. Ia akan menjejaskan daya ingatan dan membuatkan kita tidak menghiraukan apa yang berlaku di persekitan.

#Okey sampai sini je tips yang boleh reen kongsi pada hari ni. Bagi yang bakal menghadapi SPM 2013 macam reen, ingat lagi beberapa bulan je kita nak SPM. Bersedialah walaupun hati rasa gelisah macam reen. Hehehe. 

Bubbye
~Reen~



20 August 2013

Kelopak Bunga jatuh di blog.

Assalamualaikum,.

Hai korang. Hari ni reen nak ajar macam mana nak letak kelopak bunga jatuh di blog. Reen try memenuhi permintaan My best friend. Dia ni suka sangat bunga-bunga ni. Hehe.

Okey now, jom kita belajar macam mana nak letak kelopak bunga di blog.

Step 1 : Copy dulu code ni :-

<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>

<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).attr({'href':'http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html'}).append(a).appendTo('body')});</script>


Step 2 : 'Log in' dan pergi ke 'accaount dashboard' 

Step 3 : Klik 'Layout' dan tekan pada 'add a gadget'

Step 4 : Kemudian cari 'HTML/JavaScript dan 'paste' code tadi pada content.

Step 5 : Dah okey semuanya, okey akhir sekali sila tekan butang 'save'.

#Okey macam mana jadi tak? Reen hope-hope jadilah ye. Hehe#

Bubbye
~Reen~

19 August 2013

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum,
Hai semua, hari ni reen nak kongsi kepada anda resepi kek coklat kukus. Yummy~ korang mesti kena cuba reen suka kek coklat ni terutama yang aunt reen buat lagi la yummy~ hehehe. Okey tanpa membuang masa jom kita tengok step by step macam mana nak buat kek coklat ni. Jom masuk ke kitchen Fazrina Hanim. :)

Resepi Kek Coklat Kukus :


 



Bahan-bahannya :

- Bahan A perlu diayak.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 cawan serbuk koko

- Bahan B.
1/2 buku butter
1 cawan susu cair

- Bahan C.
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telur

Cara-caranya :

- Cairkan butter, apabila butter tadi sudah suam-suam masukkan pula susu cair.
- Buat dibekas yang berlainan, pukul gula dan telur sehingga kembang. (pukul sampai kembang taw. Nanti kalau tak kembang tak berapa sedap karang keknye)
- Apabila sudah kembang, masukkan butter yang telah dicampurkan dengan susu cair tadi bersilang ganti dengan adunan tepung yang telah diayak.
- Kukus adunan kek coklat tadi lebih kurang selama 40 minit. (ni nak sampai kek yang dibuat tadi masak je.)
- Hias kek coklat tadi mengikut kreativiti anda. (cantik-cantik taw. Biar menarik sikit. hehe)
- Setelah siap. Kek tadi sedia dimakan (tapi kalau letak dalam fridge biar kek tu sejuk lagi sedap taw. hehe)

Pendapat :

Kek coklat ni tak la susah mana nak buat kalau kita ikut step by step ia punya cara tu.
Okey SELAMAT MENCUBA guys..

#Sorry reen tak sempat nak ambik gambar step by step time buat kek ni. So harap-harap korang faham apa yang reen kongsi diatas#

Bubbye
~Reen~


18 August 2013

Background Music For Blog

Assalamualaikum,
Kali ni reen nak share "Tutorial Background Music For Blog" korang. Dulu time reen tak tahu macam mana nak buat background music ni reen geram sesangat. But now tak lagi. Hehehe. (puas-puas) :D Okey meyh kite tangok susah sangat ke buat background music ni?? Krik.krik.krik...

Step 1 : Tekan je sini.

Step 2 : Pilih lagu pilihan anda dan klik.

Step 3 : Dekat situ ada keluar code kan, so anda perlulah copy code tu. Like this

<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://ghucy.info/fullmusik/indonesia/22.6%20zivilia_-_aishiteru_2(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="zivilia - aishiteru@fullmusik" width="180" height="60"></embed></div>

Step 4 : Log in dan pergi ke 'accaount dashboard'

Step 5 : Click on 'Layout' dan klik pada 'add a gadget'

Step 6 : Kemudian cari 'HTML/JavaScript dan 'paste' code tadi pada 'content'.

Step 7 : Akhir sekali klik butang 'Save'.

Siap~ Selamat mencuba okey. Kalau tak faham tanya-tanya la. Insya Allah reen akan tolong. :)

Bubbye
~Reen~

Membuat Mouse Cursors untuk blog

Assalamualaikum,
Hai kali ni reen nak share ilmu sikit. Ya reen tahu reen ni baru buat blog maybe reen yang ketinggalan. But i don't care about that. Reen nak share jugak. Hahaha. Reen nak share cara senang ataupon mudah untuk membuat "mouse cursors" dekat blog korang. Tahu tak "mouse cursors" macam mana ni?

: mouse cursors :

Okey nak tahu cara-caranya : 

Step 1 :  Klik disini !!
Step 2 :  Pilih kategori mouse cursors yang menjadi pilihan anda.


Step 3 : Klik pada mouse cursors yang menarik perhatian anda


Step 4 : Kemudian copy code mouse cursors yang telah dipilih. Macam ni codenya 

<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-7/oth639.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/11/07/black-moustache.html" target="_blank" title="Black Moustache"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Black Moustache" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

Step 5 : Log in dan pergi ke 'accaount dashboard'

Step 6 : Click on 'Layout' dan klik pada 'add a gadget'

Step 7 : Kemudian cari 'HTML/JavaScript dan 'paste' code tadi pada 'content'.

Step 8 : Akhir sekali klik butang 'Save'.

Kalau tak faham tanye tau sebab kalau tak tanya sesat jalan. Hehehe. Tak pon baca arahan yang telah disediakan di web yang reen bagi diatas. Okey selamat mencuba.  :)

Bubbye
~Reen~

17 August 2013

Kek batik biskut marie

Assalamualaikum,
Okey hari ni reen nak share resepi kek batik yang dibuat daripada biskut marie. First reen buat kek batik ni memang failed yelar time tu reen form 3 so gagal sekali tu memang sedih giler. Then reen cuba untuk kedua kalinye selepas setahun berlalu. Hahahaha. Reen memang suka masak-masak ni terutama buat kek. Yummy~ Oppss lapar la pulak. hehe. Dalam resepi reen, reen suka tambah-tambah bahan (ikut suke aty reen je) mama selalu marah reen sebab reen tambah bahan sesuka hati. Mama say "janganlah tambah-tambah bahan sesuka hati, nanti kek tu rasenye jadi lain" hehehe okey mama next time insya Allah reen tak buat lagi. (but reen tak janji okey ;) )

Resepi kek batik marie :

Bahan-bahannya :
1 paket milo (pek kecil sahaja tau)
1 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian. Ingat tu!!)
1 ketul butter (lebih kurang 250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
1 cawan air

Cara-caranya :

- Cairkan butter didalam kuali (nak dalam periuk pon tak kisah)
- Selepas cairnya butter anda tu , sila masukkan air, susu dan milo. Kemudian kacau sehingga sebati (ingat jangan sampai berketul-ketul)
- Apabila sudah sebati anda perlulah memasukkan esen vanilla dan terus mengacau.
- Kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.
- Gaulkan biskut marie sehingga diseliputi oleh adunan coklat tadi.
- Setelah siap mengaul terus masukkan kedalam loyang. (sila mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut-biskut marie tadi)
- Apabila sudah selesai sila masukkan loyang yang berisi adunan tadi ke dalam fridge beberapa jam.
- Selepas beberapa jam is sedia untuk dimakan.


Pendapat :

Bahan-bahan yang telah reen bagi dekat atas tu tak tetap. Means terpulang la dekat korang nak letak berapa sukatannye. Macam reen jujur reen cakap ni, reen selalu main letak je sukatan tu. Agak-agak dah cukup kira okey la tu. Butter dengan tu kalau boleh ikut sukatan sendiri la. Sebab nanti kalau terbanyak jadi lain, kalau tersikit pon maybe rasanye jadi lain jugak kot. Pape pon reen nak cakap SELAMAT MENCUBA la ye. Tak pe kalau gagal sekali tu. Reen buat kek ni first time pon gagal jugak. Hehehe.

Bubbye 
~Reen~

14 August 2013

Raya 2013 - Part 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi yoo semua kali ni reen nak share pasal "Raya 2013 - Part 2". Raya kedua reen pergi perak rumah atuk reen . Kesian atuk reen dia sakit sedih.sedih (kesat air mata). Reen perasan time kiteorang datang dia menangis maybe dia sedih sebab dia tak dapat tengok muka cucu-cucu dia yang dah membesar macam kitaorang ni sebab dia dah tak nampak baru je buat operation (tol ke ejaan ni??) Reen berdoa dan berharap agar atuk baik seperti sediakala. Korang pon doa-doakan la ye..

Raya kedua :







Okey sampai disini je story reen about "Raya 2013 - Part 2". :) 

Bubbye 
~Reen~

Raya 2013 - part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah masuk syawal yang ke 7. Beberapa hari lagi akan bermulanye sesi persekolahan balik. Then selang seminggu tu reen dah trial SPM pulak. Adududud reen tak ready lagi ni. Huhu. Raya je mana ingat nak trial lagi-lagi nak tengok buku buat study. huhuhu (haru)

Okey relax reen relax. tadi sedih, berdebar, gelabah fikir trial punye pasal now reen nak share pasal raya reen tahun ni. Tahun ni family reen pilih tema warna merah. Sape tema sama dengan reen angkat kening (angkat.angkat. jangan tak angkat) hahaha.

 Raya pertama :






kami bertemakan 'red colour'



Okey reen harap reen tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut aidifitri, maaf zahir dan batin harap dapat dimaafkan. Dan.. Jangan makan banyak sangat okey. Beringat-ingat sentiasa. Hehehe.. 

Bubbye 
~reen~

13 August 2013

Hujan Meteor.

Assalamualaikum,. Salam sejahtera you guys.

12 August dan 13 August 2013 reen dengar-dengar ada hujan meteor perseid di ruang angkasa Malaysia. Reen punyalah bersemangat tunggu sampai pukul 11 malam semata-mata nak tengok dengan mata reen sendiri. Tapi sedihh.. :'( reen tak jumpa-jumpa hujan meteornye. Ke reen tersilap tarikh?? Krik.krik.krik..

Whatever la. Lain masa in shaa Allah kalau dipanjangkan umur. Amin~
Okey now reen nak bagi petua dan kenapa? or why? terjadinye hujan meteor ni?? 

Hujan Meteor terjadi oleh kerana : 

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd Fairos Asillam, berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor atau hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Hujan meteor Perseid mencapai kemuncaknya malam ini dan dianggarkan akan menyebarkan dedebu sebanyak 50 hingga 80 meteor per jam dan puratanya, satu hingga dua meteor per minit.

Para ahli astronomi memberi nama Perseid kerana hujan meteor ini muncul dari arah buruj Perseus. walaupun sebenarnya meteor ini boleh juga berlaku di mana-mana bahagian langit.

Pancuran (hujan) meteor Perseid berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Gugusan komet Swift-Tuttles juga mengambil tempoh 133 tahun untuk mengelilingi matahari dan melintasi bumi.

Walaupun begitu, sisa debu komet yang melintas dekat bumi pada tahun 1993 masih boleh dilihat di bumi setiap tahun. NASA menganggarkan hujan meteor boleh berlaku setiap minit pada masa kemuncaknya dan merupakan salah satu pemandangan paling ditunggu-tunggu oleh para ahli astronomi.

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Sumber : google image

Tips untuk melihat Hujan Meteor : 

Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.

2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.

3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.

4. Memandang ke arah selatan hingga ke timur laut.

5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.