Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

23 August 2013

Petua untuk menguatkan daya ingatan.

Assalamualaikum..

Hari ni reen nak share pasal petua untuk menguatkan daya ingatan. Yelarr now dah nak masuk bulan 9. Minggu depan reen akan menghadap trial SPM. Siapa yang cakap trial tak penting tu memang tak patut. Sebab trail tu sangat penting contohnya time kita nak memohon dekat mana-mana IPTS. Hah tengok betapa pentingnya trial ni.. Okey tanpa membuang masa reen nak kongsi petua macam mana nak kuatkan daya ingatan terutama bagi siapa-siapa yang bakal menghadapi exam tak kira exam yang besar like SPM or exam kecik macam exam bulanan disekolah.

Tips :
- Membaca Al-Quran. 
Paling kurang pon sehelai sehari kerana dengan membaca Al-Quran hati kita akan sentiasa senang dan in shaa Allah akan menajamkan daya ingatan kita.

- Mengawal tekanan.  
Tekanan akan menyebabkan daya ingatan kita terganggu dan jiwa kita juga tidak tenang. Bukan itu sahaja tekanan juga akan menjadikan kesihatan kita terganggu.

- Mengamalkan tidur yang secukupnya.
Badan kita perlukan rehat yang cukup. Apabila rehat kita tidak cukup ia akan mengganggu maklumat yang telah kita simpan malahan otak kita mungkin akan terjejas dengan apa yang bakal kita pelajari.

- Bersenam.
Dengan bersenam kita dalam menggerakkan otot-otot serta melancarkan peredaran darah ke otak dan membuatkan daya ingatan kita menjadi lebih baik. Kita harus mengamalkan senaman walaupon hanya berjalan kaki tetapi bagi yang islam solat itu juga adalah salah satu daripada senaman.

- Menggelakkan diri dari kemurungan.
Kemurungan akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak segar, tidak ceria dan berasa kecewa. Ia akan menjejaskan daya ingatan dan membuatkan kita tidak menghiraukan apa yang berlaku di persekitan.

#Okey sampai sini je tips yang boleh reen kongsi pada hari ni. Bagi yang bakal menghadapi SPM 2013 macam reen, ingat lagi beberapa bulan je kita nak SPM. Bersedialah walaupun hati rasa gelisah macam reen. Hehehe. 

Bubbye
~Reen~



No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::