Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

27 October 2013

Mungkinkah !!!


Assalamualaikum ..

Ada kalanya ..

Mungkin kerana leka ,
sesekali pernah terlepas dari genggaman ,
ucapan ooppss mendahului Ya Allah ..

Bila perut kekenyangan ,
haaa kenyangnya ..
mengatasi ALHAMDULILLAH ..

Bila terpegun dek keindahan ,
SUBAHANALLAH tertutup dengan cantiknya ..

Bila diuji dengan misubah ,
kesiannya ...
terucap hingga terlupa pada ,
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN ..

Kadangkala kita terlupa kerana sudah terbiasa ,
namun ingatlah ..

Apabila Izrail datang mendekati , 
biarlah kalimah LAILAHAILLALLAH menjadi pengakhir bicara
....



Ayat ni dibagi oleh best friend reen and now reen nak share kepada awak semua :)

15 October 2013

Penjagaan bulu mata




Okey korang pernah tak baca tentang penjagaan bulu mata penting sebab bulu mata sangat sensitif dan mudah untuk gugur. Pernah dengar atau baca tak ??? Hah kalau tak pernah dengar meyh sini reen cerita serba sedikit pasal penjagaan bulu mata .

Reen pon baru je tahu tentang pentingnya menjaga bulu ni . Selama ni reen buat derk je  , yelar ingatkan tak penting sangat kan. Then baru-baru ni reen ada baca dekat paper kosmo tentang bulu mata ni. Nak tahu apa yang ditulis dekat akhbar tu ??

Owh.. Selama ni baru reen tahu yang jumlah bulu mata kita adalah sama sepanjang hayat . Malahan , bulu mata juga boleh bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum gugur dan akan mengambil masa dua bulan atau lebih untuk tumbuh sempurna .



Faktor kegugurannya :

Penggunaan kosmetik yang kerap akan menyebabkan bulu mata keguguran . Selain itu , faktor radang seperti jangkitan kuman dan atau pun kerana faktor trauma seperti trauma stres atau trauma mekanik akibat sering terdedah kepada suhu panas. Trauma kerana penggunaan kosmetik seperti memakai maskara yang kurang sesuai juga boleh menjadi penyebab keguguran bulu mata. Amalan menggosok mata , penggunaan maskara untuk tempoh masa yang lama atau maskara kalis air juga turut memudaratkan bulu mata akan menyebabkan bulu mata kering dan mudah patah.

Penjagaan bulu mata :
Amalan diet sihat dan penjagaan kesihatan mata adalah asasnya . Selain itu , kita harus menggunakan pembersih mata yang mesra dengan mata . Jangan gosok mata tetapi bersihkan dengan lembut sahaja . Seterusnya , Akar bulu mata sangat sensitif dan jangan tarik bulu mata sesuka hati . Di samping itu , jika menggunakan pelentik bulu mata pastikan tidak menarik bulu mata. Jika menggunakan sikat maskara pastikan digunakan semasa bulu mata sedang basah . Akhir sekali , jangan menggunakan maskara atau krim mata yang sudah lama kerana mungkin terdedah dengan bakteria yang mungkin boleh merosakkan bulu mata dan mata secara keseluruhannya.

Bulu mata palsu :

Kalau boleh lebih baik elakkan daripada menggunakan bulu mata palsu kerana gam untuk bulu mata boleh mencederakan bulu mata sebenar. Nak tahu macam mana ?? Mungkin ketika tarik keluar bulu mata palsu akan tertarik juga bulu mata sebenar.



Hah.. Dah tahu serba sedikit pasal penjagaan bulu mata ?? Faktor berlakunya keguguran bulu mata tersebut ?? sebenarnya banyak lagi yang ditulis dekat akhbar tu. Tapi penat la reen nak taip banyak-banyak. So.. Apa kata kalau korang search dekat google je. Sebab sekarang semua dihujung jari , tekan tekan tekan keluar . Kan kan kan ..

Bubbye
~Reen~

07 October 2013

Birthday Girls - part 2




Okey , okey sesangat hadiah korangkan wahai sahabat-sahabatku .. Telur dengan tepung sebagai hadiah .. So good~ Masa korang reen tak buat pon macam tu.. Huhuhu.. But korang jangan lupa terutama hanis about 10 kali ganda balasannya kalau kita tak ikut janji or peraturan yang kita dah persetujui. Ingat boleh lepas macam tu je ?? No way la !!!

Aku tak akan lupa akan perjanjian itu ,
aku akan sentiasa mengingatinya , tahun ini maybe kau boleh lepas ,
but for next year no way girls ,
aku akan ingat ,ingat , ingat ,
10 kali ganda akan terbalas nanti..  

So , untuk awak , awak dan awak.. Tunggu balasannya okey ?? Kalau bukan tahun ni , tahun hadapan la. Aku tak akan lupa..

Okey guys .. Hadiah yang sangat menarikkan . Kata nak study la tu la ni la. Last-last .. Huh.. T


Setiap tahun mesti reen je yang kena telurnya. Huh , dah la reen tak suka bau hanyir telur . Then susah pulak tu nak hilang baunya dari pakaian yang reen guna. hello kotoran dan bau degil , please go go go.. Huhuhu.. 

Btw.. Bawah ni gambar-gambar time birthday reen dengan rosmi  :)






Comel tak budak yang dekat atas ni ?? Comelkan ?? Macam makcik dia tapi makcik dia pipinye gebu~ hahahaa






Dah.. Ni dah part tepung + telur . Huhuhu..



Okey la.. sampai sini je oky..

Bubbye
~Reen~

06 October 2013

Birthday Girl - part I



Hello , hello , hello ..
Yeah , akhirnye umur reen dah genap 17 tahun . Hehehehe..

Ade orang bagi wish dekat reen ayat dia macam ni 'Selamat Hari Tua' . Huhuhuhu. Ye reen dah 17 tahun so ada masalah ke ? Tak ada kan.kan.. Okey reen redha sebab.. Hello !!! Semua orang akan meningkat usianya kan , ada ke orang yang makin muda usianya ?? Tak ada kan.kan.

But..
Thanks kepada insan-insan yang mengingati birthday reen dan wish dekat reen. Reen hargai perhatian korang sebab korang ingat birthday reen . Terutama for my family and my friend. Hehehehe.

Ni antara wish dari sahabat-sahabat reen :
From : Maizan  
"Happy Birthday to you , Happy Birthday to you , Happy Birthday to fazreen ,Happy Birthday to you. Selamat hari lahir kak faz , semoga panjang umur dan dipermurahkan rezeki. Good luck for your spm. Nak sangat jadi orang pertama wish , tapi mesti tak kan . Haha"   
"Thanks mai . Amin~ Semoga apa yang mai cakap tu jadi kenyataan. Haha. Btw.. Walaupun tak menjadi orang pertama yang wish but mai dikira antara orang terawal. :) "

From : Sara (my bff)  
"Happy birthday , sayang.. May Allah bless you always , my bff.. hehe i love you so mucho! :) " 
 "Thanks sayang"


 From : Hani (adik reen) 
"Assalamualaikum , Oitt Nenek , Kite nak wish HAPPY BIRTHDAY !!! Da tua kau kan. Tahniah ! May Allah bless you.. Semua dipermudahkan jawab exam nanti.Sebelum lupa kite nak mintak kau doakan kite mudah nak study , mudah nak jawap exam dan dapat keputusan cemerlang. Bye. Assalamualaikum ! "  
 "Okey sis , Btw .. Amin~"


From : Eila  
"Happy Birthday Eryn"


From : Esya 
"Assalamualaikum, Happy Birthday eryna. May Allah bless of you.. Dan dapat result yang terbaik untk SPM."  
"Amin~" 

Petang tu reen dan family reen pergi keluar. Ambik angin , tenangkan fikiran , tengok keindahan ciptaan tuhan. Hehehehe..






Okey la. Oleh kerana internet terlampau cepat dan reen terharu sesangat sebab cepat sangat internetnye. So sampai sini je la. Lama-lama kang boleh tension reen depan laptop ni. Huhuhuu..


Bubbye
~Reen~

05 October 2013

Sesak-sesak , sesak nafasku .






Nak tahu kenapa reen buat tajuk post Sesak-sesak , sesak nafasku ?? Sebab tadi reen pergi library. Huhuhu. Selalu reen pergi tak sesak or ramai or sesibuk hari ni. Maybe sebab budak PMR study kot then ditambah dengan budak SPM yang bakal menduduki exam lagi beberapa minggu je ni , macam reen.

Tapi hari ni library memang ramai. Then bukan ramai je , bising pulak tu. Payah reen nak fokus. Tadi asyik la terdengar bunnyi pegumuman sana , pengumuman sini. Huh.. Memang bising.

Then lepas pengumuman keberapa tah reen tak ingat . But.. Reen kena tegur dengan guard dekat sana. Tapi.. Apa kesalahan reen ?? Guard tu bagi ceramah dia kata jangan bising la tu la ni la , bla bla bla.. Padahal reen tak bising pon.  Cakap pon tak time tu. Reen tengah fokus dekat paper dan buku tertiba guard tu datang membebel. Huh !! Tension!!!

Maybe guard tu ingat group reen yang buat bising kot kan. Sebab sebelum guard tu datang ada satu kelompok yang belakang group reen. Diaorang memang bising. Sampai reen rasa nak menjerit suruh diaorang senyap. But sabar. sabar..

Pandai betul kelompok tu.. Lepas pengumuman diaorang bla dari tu dan tinggal group reen dan group sebelah reen. Then why group reen yang kena ?? Huh !! This not fair you know. Not fair !!!

Semua orang tertumpu dekat group kitaorang. Guard-nye pandang reen macam nak makan orang. Huh!! Seram~ Then dengan muka pelik reen pandang guard tu. Nak melawan orang tua la pulak then dengan situasi reen yang tengah terkejut memang susah nak melawan. Dengan orang ramai , memang tak dapat la reen nak balas kata dekat situ.

So... Reen senyap jelar dengan buat muka blur dan muka pelik dengan guard tu.

Tadi jugak reen jumpa seorang budak ni. Comel~ Namanya izzah. Kesian dia sorang-sorang sebab kawan dia tak dapat datang. So tengok dia tengah blur tak tahu buat apa. Reen suroh sara panggil dia lepak dekat group kitaorang..

But.. Ikmal pula kacau budak tu. Kesian budak tu asyiklah kena kacau dengan ikmal. Oiitt ikmal jahat hang!! Hahahaha..

Hari ni nak katakan paling cepat yang kitaorang pernah balik dari library. Selalu petang baru balik but tadi tengah hari dah bla dari situ. Tak tahan lama-lama buat sakit hati kalau nampak guard tu. Huhuhu..

Okey la reen dah penah menaip ni.

Bubbye
~Reen~

Sejarah Kertas 3



Okey SPM dah hampir dekat dan reen rasa tentu ramai kawan-kawan reen yang sebaya dengan yang bakal menduduki SPM pada tahun 2013 ni tahu tajuk apa yang bakal masuk untuk kertas 3. Kalau ada yang tak tahu lagi korang boleh check dekat sini !! 

So macam mana ah tengok tajuk apa yang bakal keluar ?? Dah kan ?? Hah tajuk bab 9 : malaysia kerjasama antarabangsa . Kan . Kan . 

Jadi apa tunggu lagi , dan apa yang korang termenung lagi. Cepat. Cepat . Cari maklumat sebanyak mungkin untuk dibawak masuk dalam bilik exam. Kertas 3 kan open book . So please jangan sia-siakan peluang emas ni.

Reen ada jumpa satu skema ramalan yang berkaitan dengan tajuk umum yang dibagi. Kalau korang nak tengok sila klik disini !! 

Dah tengok ?? Hah tajuk dah samakan dengan tajuk umum yang dibagi ?? So apa lagi print la. Kalau tak masuk pon boleh jugak buat rujukan untuk soalan kbkk. Mana tahu ada jawapan yang munasabah ke. Dapat jugak korang markah dekat situ.

Okey la sampai situ je yang reen dapat buat masa sekarang. Nanti kalau reen jumpa apa-apa maklumat lagi Insya'Allah reen akan share maklumat yang reen dapat tu. Korang pon sama la. Kalau tahu apa-apa maklumat share-share la dengan reen dan rakan yang lain. Kalau kita berkongsi ilmu tu kan elok , kita dapat pahala dalam masa yang sama ilmu yang kita dapat tu bertambah berkat a.k.a Insya'Allah mudah untuk kita mendapat kerjayaan.

Amin~

Hehehehe..

Okey la. Reen tak nak berceroteh panjang. So sampai sini je.

Bubbye
~Reen~

02 October 2013

Pavlova



Bahan-bahan :

4 biji telur *putih sahaja*
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk topping :

1/2 cawan wipping cream
1/2 cawan gula icing
Buah-buahan

Cara-cara membuat pavlova :

- Panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius.
- Pukul 4 biji telur putih sehingga kembang dan berbuih-buih. *Tolong mixer dengan kelajuan laju sampai menjadi meringue. Nak tahu jadi ke tak? Bila korang telangkupkan mangkuk adunan tu tak jatuh. So jadilah meringue korang tu.*
- Masukkan gula sedikit demi sedikit. *sambil mixer sambil masukkan gula tu*
-   Putar sampai kental. Then masukkan tepung jagung dengan kelajuan yang sama. Putar dalam beberapa minit.
- Dengan menggunakan spatula masukkan cuka masak dengan esen vanilla.
- Pusingan spatula tersebut hanya satu arah sahaja.
- Ambik loyang dan baking paper. Then buat bulatan di kertas tersebut. dan terbalikkan kertas.
- Letak meringue diatas baking paper tersebut.
- Turunkan suhu oven kepada 110 darjah celsius dan bakar sehingga kira-kira 1 jam 15 minit. 
- Selepas pavlova tersebut masak. Jangan terus keluarkan pavlova tersebut . 
- Buka sedikit pintu oven dan sejukkan. Selepas sejuk baru boleh dikeluarkan.
- Lepas sejuk korang dah boleh toppingkan pavlova tersebut ikut kreativiti korang.


#Dekat pavlova ni reen malas nak komen sangat. Sebab pening reen buat pavlova ni, hampir give up..
#Kalau korang punya pavlova menjadi Alhamdulillah. Reen tumpang gembira. 


Bubbye
~Reen~

Aku , Kau , Dia dan dia .


♥ Assalamualaikum 

Reen dengan rakan-rakan reen pergi perpustakaan shah alam lagi. Hahaha. Kitaorang memang gila-gila. Pergi sana ingatkan nak study tapi studynya berapa jam je, lagi berapa jam tu kitaorang pergi buat lawatan. Kitaorang jelajah satu level ke satu level. 

Bayangkan nak solat dekat surau ps tu je. Tapi kes level kitaorang lepak tu ramai orang so reen dengan sara , kitaorang pergi naik ke level atas. Then level atas pon penuh. So pergi lagi level atasnya. Alhamdulillah tak penuh orang yang guna surau dekat level tu. Hahaha.



























































Banyak sesangat gambar yang kitaorang ambik. Kalaulah reen ada kamera .. Boleh full memori kamera reen tu. Hahahaha..

Oky la sampai disini je story reen..

Bubbye
~Reen~