Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

09 November 2013

Red Velvet


., Assalamualaikum ,.

Hari ni reen nak share resepi red velvet . Okey kek ni rasanya boleh tahan sedap jugak la. Dua kali reen buat sebab first time tu padat sebab reen tak ikut peraturan-peraturan buat kek dengan betul . Hehehehe.. Yelar terlampau teruja sangat nak buat red velvet ni. 

Then , time first time tu reen buat cara membakar but reen tak suka sangat cara membakar. So kali kedua reen buat cara mengukus pulak. Sebab reen suka guna pengukus kerana kalau guna pengukus bagi reen kek tu lembut. Memang betulkan kalau kukus kek lembut jadinye. Reen pon kesian dekat adik kesayangan reen yang kecik sekali tu sebab nanti kang susah dia nak makan, dah la dia tu kuat makan. Hahahaha..

Reen tak berapa gemar cheese banyak sangat tapi adik reen yang lain okey je so reen pon ikut jelar resepi sebenarnya. Kalau tak nak jew reen ubah resepi tu terutama part letak cream cheese. Hehehehe..

Bahan nak buat dan caranya senang jew. Okey now jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek red velvet ni. 


Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk (bagi yang tak ada bahan ni , boleh jew buat sendiri)
    - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula (bagi yang tak suka manis-manis, dialu-alukan kurangkan sukatan tu)
  • 1 sudu besar jus perahan lemon (ni just bahan tambahan je. Tak letak pon tak pe.)

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk bagi yang tak ada bahannya lalu buat sendiri. 
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus macam reen buat. Hehe.
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Okey gambar red velvet atas tu just gambar yang reen ambik dari google. Sebab reen tak sempat ambik gambar time buat red velvet ni. Hehehehe..
Sorry~

.. Selamat mencuba ..
. Bubbye . Salam sayang dari reen . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::