Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

22 November 2013

Kek coklat oreo Versi fazrina hanim


Assalamualaikum ,. 

Hari ini reen ada buat resepi baru. Reen agak-agak je. Series ni reen tak tengok mana-mana resepi lain , ni memang khas dari Secret's kitchen sis FAZRINA HANIM . Wahhh , minggu ni jew reen dah buat 3 kali kek . Satu kek original coklat , kedua kek coklat + milo , ketiga kek coklat oreo . Sebenarnya resepi ni semua hampir sama jew. Just tolak tambah sikit bahan-bahannya . 

Kek kalau dekat rumah reen ni memang laku jew. Semuanye asyik kelaparan termasuk reen , nasib baik tueary sempat simpan dekat sara sikit. Kalau tak memang kempunan la sara nak rasa kek tu. Hehehe.

Okey la selamat mencuba resepi Kek Coklat Oreo Versi Fazrina Hanim di Secret's kitchen sis FAZRINA HANIM.

Bahan-bahan kek coklat oreo :


-          1 ½ cawan tepung kek / tepung gandum - (Ayak) *
-          1 sudu teh bikarbonat *
-          1 sudu the serbuk penaik (baking powder) *
-          1 sudu teh serbuk serbaguna - (Ni kalau tak letak pon tak pe) *
-          2 sudu besar serbuk koko *
-          3 biji telur
-          1 ½ cawan gula caster - (Reen buat satu cawan jew. Tak mau manis-manis)
-          1 buku mentega / 1 cawan minyak
-          1 cawan susu cair / segar
-          1 peket biskut oreo - (hancurkan sikit taw)

Cara-cara :

-          Campurkan bahan yang bertanda bintang *
-          Bagi yang pakai mentega , cairkan mentega terlebih dahulu . Apabila suam masukkan susu.
-          Didalam bekas lain mix telur dengan gula sampai kembang.
-          Apabila sudah kembang masukkan , masukkan mentega dan mix lagi.
-          Dah mix dalam beberapa minit tu , kira dah sebati bahan tadi tu masukkan pula susu campur mentega tadi bersilang dengan tepung yang dicampur dengan bahan lain tu.
-          Bakar selama 40 minit . Kalau kukus pon boleh sebab reen selalu kukus je senang.
-          Sementara tunggu kek masak , buat topping pulak. (bahan dan cara buat topping oreo krim ade dekat bawah)

Bahan untuk topping :

-          1 peket oreo - (hancurkan kalau boleh blander jew. Hahaha)
-          1 ½ cawan whipping cream (tambah la lagi kalau nak banyak-banyak)

Cara-cara :

-          Mix whipping cream sampai kembang.
-          Bila dah kembang letak oreo , kemudian sebatikan.
-          Apabila kek dah masak sejukkan dulu baru boleh letak topping , kalau tak nanti cair krim korang.
-          Topping cantik-cantik biar menarik kek korang. Sejukkan dulu baru sedap , kemudian sedia untuk makan. Yummy~




♡ SLMT MNCUB∂ 



       

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::