Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

07 May 2016

Empat amalan baik sebelum tidur


.. ASSALAMUALAIKUM ..

Sebelum tidur kita perlu la melakukan amalan seperti mengambil wudhuk dan membaca doa tidur.  Selain daripada itu kita juga boleh mengamalkan empat amalan yang baik sebelum tidur.  


1. BACA SURAH AL-IKHLAS (3KALI)

2. SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W (3KALI)

3. BERISTIGHFAR (3KALI)

4. BERTASBIH (3KALI)


Maybe ramai yang dah tau. Tapi bagi yang tak tahu tuh ni la yang aku nak share.  Bagi yang tahu tuh Alhamdulillah la.  Ni just perkongsian bersama je :') 



Beriadah


.. ASSALAMUALAIKUM ..

Hai gais,.

Cuti sekolah makin hampir tetapi tak tahu hendak kemana? Meyh sini meyh aku bagi idea...

Maybe ramai yang tahu bukit cahaya atau dikenali dengan nama lain bukit cerakah ataupun nama lain lagi ialah taman botani negara, shah alam.  Terletak di seksyen 8, taman pertanian Malaysia, 400000 shah alam, selamgor, Malaysia. Dibuka dari 8:30 pagi hingga 4.30 petang.  Seorang masuk dalam harga tak sampai RM10 pon around RM 3-5 seorang im not sure sebab bab-bab ni memang tak berapa ingat.  Tapi kalau nak masuk rumah bermusim lain harga taw.

Kalau nak pergi sini pergi pagi la dapat la hirup udara yang fresh pada pagi hari. Memang best kalau bawak family beriadah dekat bukit cahaya.  Dekat sini korang boleh pilih antara nak naik bas yang disediakan ataupun berbasikal.  Kalau kitayang muda ni best lagi kan kalau berbasikal baru la Nampak beriadah giler tapi bagi yang ada anak kecil tuh nak naik bas pun best jugak taka da la penat sangat sebab tempatnya berbukit.

Kalau nak berbasikal pulak satu basikal RM10 sejam.  Tambahan seringgit pada setiap satu jam kemudian.  Kira okey la tuh pricenye not bad.  Butif korang nak naik basikal yang kayuh due orang tuh yang berkembar tuh dalam RM 30 rasanya.  Okey tak sure sangat.  Kemarin adik aku nak naik basikal tuh tapi kalau basikal tuh bawak naik bukit susah sikit. 

Make sure kalau korang buat riadah jamah sikit makanan or ambik breakfast taw.  Sebab aku dengan adik aku time pergi sini jamah sikit sangat then nak pitam tapi mendaki bukit tuh.  Aku dengan adik aku jenis yang tak suka ambik breakfast sangat so sebab itu la kteorang decide tak jamah.  Poyo right.  Then susahkan yang lain time tuh kena berhenti sebab tengok kteorang bawak basikal series macam orang mabuk gitu.

Selain daripada beriadah seperti berbasikal, berjogging, rumah bermusim dekat situ juga ada taman haiwan, taman bunga dan sebagainya.  Hah, skytrex pun ada taw.  Tapi kalau nak ke skytrex kena booking terlebih awal sebab banyak permintaan kot.  Dengar-dengar aktivitinya pun best-best.  Aku dengan yang lelain ada juga plan nak pergi tapi tak berkesempatan lagi. Tunggu la kalau memasing ada masa free InshaaAllah…

oky nampak tak dekat belakang tuh.  Itu adalah pintu masuknya.

kami memilih untuk berbasikal. baru la beriadah. nampak tak bukit depan itu kitaorang kena daki.

oky dua dah surrender dekat belakang so kitaorang sambung pusing bertiga je

ehhh!! Ada burung kakak tua taw

jap rusa pun ada jugak.  nampak tuh join selfie sekali 

hah!! kuda pun ada taw

ada rumah setiap negeri di Malaysia la

rumah negeri perak kalau tak silap

before balik naik jambatan gantung dulu, rendah jew bagi yang gayat jangan risau

okey done jelajah taman botanik, shah alam.  banyak lagi tempat menarik korang kena datang sendiri kesini kalau nak tahu. hehe


Okey senang cerita memang tempat ni antara tempat yang sesuai la kalau nak beriadah dengan family dengan kekawan bagai.  So daripada kita buang masa dengan benda-denda yang tak bermanfaat apa kata kita luangkan masa dengan orang tersayang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti inikan. 

Akhir kata hargailah masa yang ada dengan perkara berfaedah.  Ingat masa itu emas!!!  J

06 May 2016

Kenangan VS realiti


.. ASSALAMUALAIKUM ..

Past:  

Aku tak tau kenapa tertibe teringat zaman pra dip pulak.  Siapa yang pernah masuk pra dip atau ada kenalan yang pernah ke pradip confirm you gais know about that.  Siapa yang tak  pernah dengar pulak confirm cakap

What is pradip?
Macam mana pradip tuh?
Busy macam diploma jugak ke?

The answer is nope.  Seriously tak sebusy diploma.  Terlampau banyak space untuk ko lenggang kangkong but evenia pradip tak semestinya tak yah berusaha atau kerja keras like diploma.  Still kena jugak study bagai ni, ada quiz bagai.  Assignment pon ada tapi tak la sebusy assignment and presentation time diploma.  Just macam tempat aku *lendu,Melaka* yang pradip ni banyak diketengahkan pergi join event sebab yelar kitaorang yang paling banyak masa free.  :’)

So now bila dah masuk diploma selalu jugak teringat zaman pradip sebab time tuh tak banyak subject yang kena bawak, tak banyak quiz, tak banyak presentation, midterm bagai ni.

But aku bersyukur sebab dari pradip la aku sampai ke diploma sekarang.  Kerana pradip la aku tak berapa terkejut sangat time diploma.  Sebab time pradip budak bilik depan kiri kanan aku kebanyakkannya diploma so time diaorang busy bagai so aku nampak apa yang bakal aku lalui if aku sampai ke diploma.


my girls, my love, my sweetheart, my everything, my favorite girls


my classmate time pre-diploma, MPD0021F


my geng, favorite geng  :') 


Reality: 

Life sebagai student in university tak la mudah.  Bukan senang kita nak duduk atau capai target yang kita dah buat.  Kita kena banyak berusaha untuk mencapai semua itu.  setiap kali sem bakal bermula dalam fikiran aku dah banyak berfikir….

Macam mana subject next sem?
Mampu ke aku buat?
Mampukah aku laluinya. 

Dan setiap kali week kemuncak yang mana time itu banyak assignment nak kena submit, quiz, midterm, presentation bagai.  Hah time tuh jangan kata kenapa aku akan menangis.  Yelar aku takut aku tak boleh buat yang the best sebab itu semua main markah.  Kalauaku tak mamp;u buat aku takut sangat time final aku tak dapat perform sehabis baik.

Dan setiap kali result exam keluar time itu la aku rasa macam cacing kepanasan.  Series tak senang duduk gila.  Tipu la kalau ada orang yang always relax even dia budak dekan sekalipun mesti debaran itu akan terasanya.  So apetah lagi aku yang tak seberapa ni.  Kalau semua lepas itu rasa Alhamdulillah sangat, rasa nak menangis pon ada sebab akuanak sulung so kena buat yang the best for my parent and bagi contoh yang terbaik untuk adik-adik yang lain.


my girls in diploma, my favorite girls, always help me in subject i lemah sesangat terutama elc :'(


my classmate, MBM118_F since part one InshaaAllah until part five
*dekat gambar ni juga ada our lecture taw, our PA


my baju faculty, Office Management in Lendu, Melaka.

InshaaAllah gais kalau tak ada halangan dan diizinkan Allah kita semua akan habis together. Tidak kira la my classmate time prediploma ataupon time diploma. Aku doakan kita semua berjaya didunia serta diakhirat.  Amen~

05 May 2016

Life



.. ASSALAMUALAIKUM ..

Hai gais …

Dah lama aku tak update pape dekat sini. Uish memang berhabuk giler dah ni aku rasa.  Busy la sekarang ni pon ada masa sebab tengah sem break kalau tak busy dengan assignment bagai.  Final bebaru ni lain di target lain yang keluar .  kecewa seribu kali kecewa.  Kalau jatuh tuh berderai terus rasanya.  But its okey ignore about the past and think apa yang ada di depan sekarang.
Okey jadual cuti this sem berlainan sikit tidak seperti sebelum ni.  Kalau sebelum ni ada kawan-kawan yang sering menemani kalau aku nak kemana saje but kali ini tak.  Aku more dekat rumah jadi babysitter :’)

Rakan-rakanku yang lain, yang selalu kesana kesini dengan aku seperti kyla, maleq, ikmal , sara dan lelain semua busy dengan life memasing. Yelar memasing pegang status sebagai student lagi so faham la.  Macam si kyla dia tengah nak berperang dengan final so now tengah mood banyak assignment menimbun, begitu juga dengan si sara.  Kalau ikmal pulak dia tengah practical dan maleq dia pulak busy dengan kem ape tah.

Kyla dengan maleq hujung bulan ni baru bebetul free.  Hmm… memasing dah nak habis study. 

Hanis InshaaAllah hujung bulan ni dah habis dah, dia yang diantara dari kitaorang yang dapat tawaran nun di ganu sana Alhamdulillah dah nak habis dah.  Aku teringat time dekat-dekat dia nak pergi sana dulu.  Kitaorang menangis nak berpisah tuh jangan kata memang tersedu-sedu.  Karok sampai beberape jam jugak la.  Then time hanis nak pergi sana memacam juga la dia lalui tapi Alhamdulillah habis jugak budak bertuah tuh.

Ros.. ros aku tak banyak sangat dengar cerita dia.  Kalau contact pon jarang sekali.  Selalu contact kalau perlu je. Dia pon InshaaAllah dah nak habis study hujung tahun ni.  Dia pulak antara yang paling dekat antara kitaorang selepas sara sebab sara dekat unisel shah Alam.  Jarak antara shah Alam dengan klang tak jauh so senang citer memang dekat la.

Kyla sedang sambung degree tular dia antara yang paling busy double triple.  Alhamdulilah dia dapat sambung degree di UUM dekat kedah sana naaa.  Cuti sem dia tak sama macam aku sebab tu jugak la aku susah sikit nak jumpa dia sekarang.  Kalau dulu time dekat matrik lebih kurang je cutinye sikit dengan aku.  Lagipun kedah dengan Selangor jauh so kos nak balik pon tinggi.


Tipu la kalau tak jeles tengok member memasing dah nak habis studykan.  Tapi apekah daya aku masih perlu berjuang untuk sama-sama berjaya seperti rakan-rakanku yang lain.  Sebab aku nak jadi seorang anak yang dapat membanggakan mama dengan papa then jadi seorang contoh yang baik untuk adik-adikku yang kian membesar.  Aku harap adik-adikku juga dapat memberi commitment yang terbaik dalam pelajaran kemudian menjadi insan yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Selain itu, tidak lupa juga menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta menghormati orang tua.




09 February 2016

Air Tangan Mama



.. ASSALAMUALAIKUM ..

Okay today i would talking about Air Tangan Mama. Hi guys , air tangan seorang mama or ibu or mother siapa boleh tandingi right.

Dah berapa hari ni reen mmengantikan tugas mama iaitu tugas memasak sebab mama fever and tak berapa sihat. So as a kakak sulung reen kena masak for my family. Oh my... Memasak beb!! actually reen memang hmmm lemah bab ni. Okay now back to original topic, i think what my younger sister said is right. Nak tahu kenape, sebab sepanjang beberapa hari reen masak reen rasa ada something yang hilang something missing dekat masakan tuh. Then reen memang tak reti sangat merasa ni so reen suruh my sis for comment, then jawapan dia ..

"Okay, tapi macam ada something yang tak complete. Maybe air tangan mama"

Dah dengar tak complete tuh rasa macam tak puas hati and surrender dah la. Then mama masok kitchen and rasa masakan tuh pastu touch up sikit then tadaaaa... complete terus.

Esoknya, papa pulak try tunjuk skill masak dia. Dah papa kata nak masak reen tolong gitu-gitu jelar but tang rasa papa suruh kiteorang yang rasa sebab papa kata

"papa tak reti nak rasa-rasa ni"

"pa.. kaklong pon bukan reti sangat merasa ni.. Huhu"

Then sampai masa merasa tuh, oky kejadian sama jugak ada yang hilang jugak. Lepas kiteorang dekat kicthen macam nak surrender mama datang mama rasa then bebetulkan sikit. kiteorang rasa balik oky terus complete.

My sister said again ..

"Kan angah dah kata air tangan mama tak ada tular tak complete"

"a'ah la angah i think so too"

huhuhuhhuhu..

conclusion , air tangan seorang insan memegang title 'mother' sangat berharga. and tak ada siapa boleh lawan.