Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

07 May 2016

Beriadah


.. ASSALAMUALAIKUM ..

Hai gais,.

Cuti sekolah makin hampir tetapi tak tahu hendak kemana? Meyh sini meyh aku bagi idea...

Maybe ramai yang tahu bukit cahaya atau dikenali dengan nama lain bukit cerakah ataupun nama lain lagi ialah taman botani negara, shah alam.  Terletak di seksyen 8, taman pertanian Malaysia, 400000 shah alam, selamgor, Malaysia. Dibuka dari 8:30 pagi hingga 4.30 petang.  Seorang masuk dalam harga tak sampai RM10 pon around RM 3-5 seorang im not sure sebab bab-bab ni memang tak berapa ingat.  Tapi kalau nak masuk rumah bermusim lain harga taw.

Kalau nak pergi sini pergi pagi la dapat la hirup udara yang fresh pada pagi hari. Memang best kalau bawak family beriadah dekat bukit cahaya.  Dekat sini korang boleh pilih antara nak naik bas yang disediakan ataupun berbasikal.  Kalau kitayang muda ni best lagi kan kalau berbasikal baru la Nampak beriadah giler tapi bagi yang ada anak kecil tuh nak naik bas pun best jugak taka da la penat sangat sebab tempatnya berbukit.

Kalau nak berbasikal pulak satu basikal RM10 sejam.  Tambahan seringgit pada setiap satu jam kemudian.  Kira okey la tuh pricenye not bad.  Butif korang nak naik basikal yang kayuh due orang tuh yang berkembar tuh dalam RM 30 rasanya.  Okey tak sure sangat.  Kemarin adik aku nak naik basikal tuh tapi kalau basikal tuh bawak naik bukit susah sikit. 

Make sure kalau korang buat riadah jamah sikit makanan or ambik breakfast taw.  Sebab aku dengan adik aku time pergi sini jamah sikit sangat then nak pitam tapi mendaki bukit tuh.  Aku dengan adik aku jenis yang tak suka ambik breakfast sangat so sebab itu la kteorang decide tak jamah.  Poyo right.  Then susahkan yang lain time tuh kena berhenti sebab tengok kteorang bawak basikal series macam orang mabuk gitu.

Selain daripada beriadah seperti berbasikal, berjogging, rumah bermusim dekat situ juga ada taman haiwan, taman bunga dan sebagainya.  Hah, skytrex pun ada taw.  Tapi kalau nak ke skytrex kena booking terlebih awal sebab banyak permintaan kot.  Dengar-dengar aktivitinya pun best-best.  Aku dengan yang lelain ada juga plan nak pergi tapi tak berkesempatan lagi. Tunggu la kalau memasing ada masa free InshaaAllah…

oky nampak tak dekat belakang tuh.  Itu adalah pintu masuknya.

kami memilih untuk berbasikal. baru la beriadah. nampak tak bukit depan itu kitaorang kena daki.

oky dua dah surrender dekat belakang so kitaorang sambung pusing bertiga je

ehhh!! Ada burung kakak tua taw

jap rusa pun ada jugak.  nampak tuh join selfie sekali 

hah!! kuda pun ada taw

ada rumah setiap negeri di Malaysia la

rumah negeri perak kalau tak silap

before balik naik jambatan gantung dulu, rendah jew bagi yang gayat jangan risau

okey done jelajah taman botanik, shah alam.  banyak lagi tempat menarik korang kena datang sendiri kesini kalau nak tahu. hehe


Okey senang cerita memang tempat ni antara tempat yang sesuai la kalau nak beriadah dengan family dengan kekawan bagai.  So daripada kita buang masa dengan benda-denda yang tak bermanfaat apa kata kita luangkan masa dengan orang tersayang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti inikan. 

Akhir kata hargailah masa yang ada dengan perkara berfaedah.  Ingat masa itu emas!!!  J

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::