Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

19 August 2013

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum,
Hai semua, hari ni reen nak kongsi kepada anda resepi kek coklat kukus. Yummy~ korang mesti kena cuba reen suka kek coklat ni terutama yang aunt reen buat lagi la yummy~ hehehe. Okey tanpa membuang masa jom kita tengok step by step macam mana nak buat kek coklat ni. Jom masuk ke kitchen Fazrina Hanim. :)

Resepi Kek Coklat Kukus :


 



Bahan-bahannya :

- Bahan A perlu diayak.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 cawan serbuk koko

- Bahan B.
1/2 buku butter
1 cawan susu cair

- Bahan C.
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telur

Cara-caranya :

- Cairkan butter, apabila butter tadi sudah suam-suam masukkan pula susu cair.
- Buat dibekas yang berlainan, pukul gula dan telur sehingga kembang. (pukul sampai kembang taw. Nanti kalau tak kembang tak berapa sedap karang keknye)
- Apabila sudah kembang, masukkan butter yang telah dicampurkan dengan susu cair tadi bersilang ganti dengan adunan tepung yang telah diayak.
- Kukus adunan kek coklat tadi lebih kurang selama 40 minit. (ni nak sampai kek yang dibuat tadi masak je.)
- Hias kek coklat tadi mengikut kreativiti anda. (cantik-cantik taw. Biar menarik sikit. hehe)
- Setelah siap. Kek tadi sedia dimakan (tapi kalau letak dalam fridge biar kek tu sejuk lagi sedap taw. hehe)

Pendapat :

Kek coklat ni tak la susah mana nak buat kalau kita ikut step by step ia punya cara tu.
Okey SELAMAT MENCUBA guys..

#Sorry reen tak sempat nak ambik gambar step by step time buat kek ni. So harap-harap korang faham apa yang reen kongsi diatas#

Bubbye
~Reen~


No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::