Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

13 August 2013

Hujan Meteor.

Assalamualaikum,. Salam sejahtera you guys.

12 August dan 13 August 2013 reen dengar-dengar ada hujan meteor perseid di ruang angkasa Malaysia. Reen punyalah bersemangat tunggu sampai pukul 11 malam semata-mata nak tengok dengan mata reen sendiri. Tapi sedihh.. :'( reen tak jumpa-jumpa hujan meteornye. Ke reen tersilap tarikh?? Krik.krik.krik..

Whatever la. Lain masa in shaa Allah kalau dipanjangkan umur. Amin~
Okey now reen nak bagi petua dan kenapa? or why? terjadinye hujan meteor ni?? 

Hujan Meteor terjadi oleh kerana : 

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd Fairos Asillam, berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor atau hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Hujan meteor Perseid mencapai kemuncaknya malam ini dan dianggarkan akan menyebarkan dedebu sebanyak 50 hingga 80 meteor per jam dan puratanya, satu hingga dua meteor per minit.

Para ahli astronomi memberi nama Perseid kerana hujan meteor ini muncul dari arah buruj Perseus. walaupun sebenarnya meteor ini boleh juga berlaku di mana-mana bahagian langit.

Pancuran (hujan) meteor Perseid berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Gugusan komet Swift-Tuttles juga mengambil tempoh 133 tahun untuk mengelilingi matahari dan melintasi bumi.

Walaupun begitu, sisa debu komet yang melintas dekat bumi pada tahun 1993 masih boleh dilihat di bumi setiap tahun. NASA menganggarkan hujan meteor boleh berlaku setiap minit pada masa kemuncaknya dan merupakan salah satu pemandangan paling ditunggu-tunggu oleh para ahli astronomi.

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Sumber : google image

Tips untuk melihat Hujan Meteor : 

Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.

2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.

3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.

4. Memandang ke arah selatan hingga ke timur laut.

5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.

2 comments:

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::