Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

17 August 2013

Kek batik biskut marie

Assalamualaikum,
Okey hari ni reen nak share resepi kek batik yang dibuat daripada biskut marie. First reen buat kek batik ni memang failed yelar time tu reen form 3 so gagal sekali tu memang sedih giler. Then reen cuba untuk kedua kalinye selepas setahun berlalu. Hahahaha. Reen memang suka masak-masak ni terutama buat kek. Yummy~ Oppss lapar la pulak. hehe. Dalam resepi reen, reen suka tambah-tambah bahan (ikut suke aty reen je) mama selalu marah reen sebab reen tambah bahan sesuka hati. Mama say "janganlah tambah-tambah bahan sesuka hati, nanti kek tu rasenye jadi lain" hehehe okey mama next time insya Allah reen tak buat lagi. (but reen tak janji okey ;) )

Resepi kek batik marie :

Bahan-bahannya :
1 paket milo (pek kecil sahaja tau)
1 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian. Ingat tu!!)
1 ketul butter (lebih kurang 250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
1 cawan air

Cara-caranya :

- Cairkan butter didalam kuali (nak dalam periuk pon tak kisah)
- Selepas cairnya butter anda tu , sila masukkan air, susu dan milo. Kemudian kacau sehingga sebati (ingat jangan sampai berketul-ketul)
- Apabila sudah sebati anda perlulah memasukkan esen vanilla dan terus mengacau.
- Kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.
- Gaulkan biskut marie sehingga diseliputi oleh adunan coklat tadi.
- Setelah siap mengaul terus masukkan kedalam loyang. (sila mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut-biskut marie tadi)
- Apabila sudah selesai sila masukkan loyang yang berisi adunan tadi ke dalam fridge beberapa jam.
- Selepas beberapa jam is sedia untuk dimakan.


Pendapat :

Bahan-bahan yang telah reen bagi dekat atas tu tak tetap. Means terpulang la dekat korang nak letak berapa sukatannye. Macam reen jujur reen cakap ni, reen selalu main letak je sukatan tu. Agak-agak dah cukup kira okey la tu. Butter dengan tu kalau boleh ikut sukatan sendiri la. Sebab nanti kalau terbanyak jadi lain, kalau tersikit pon maybe rasanye jadi lain jugak kot. Pape pon reen nak cakap SELAMAT MENCUBA la ye. Tak pe kalau gagal sekali tu. Reen buat kek ni first time pon gagal jugak. Hehehe.

Bubbye 
~Reen~

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::