Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

02 October 2013

Pavlova



Bahan-bahan :

4 biji telur *putih sahaja*
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk topping :

1/2 cawan wipping cream
1/2 cawan gula icing
Buah-buahan

Cara-cara membuat pavlova :

- Panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius.
- Pukul 4 biji telur putih sehingga kembang dan berbuih-buih. *Tolong mixer dengan kelajuan laju sampai menjadi meringue. Nak tahu jadi ke tak? Bila korang telangkupkan mangkuk adunan tu tak jatuh. So jadilah meringue korang tu.*
- Masukkan gula sedikit demi sedikit. *sambil mixer sambil masukkan gula tu*
-   Putar sampai kental. Then masukkan tepung jagung dengan kelajuan yang sama. Putar dalam beberapa minit.
- Dengan menggunakan spatula masukkan cuka masak dengan esen vanilla.
- Pusingan spatula tersebut hanya satu arah sahaja.
- Ambik loyang dan baking paper. Then buat bulatan di kertas tersebut. dan terbalikkan kertas.
- Letak meringue diatas baking paper tersebut.
- Turunkan suhu oven kepada 110 darjah celsius dan bakar sehingga kira-kira 1 jam 15 minit. 
- Selepas pavlova tersebut masak. Jangan terus keluarkan pavlova tersebut . 
- Buka sedikit pintu oven dan sejukkan. Selepas sejuk baru boleh dikeluarkan.
- Lepas sejuk korang dah boleh toppingkan pavlova tersebut ikut kreativiti korang.


#Dekat pavlova ni reen malas nak komen sangat. Sebab pening reen buat pavlova ni, hampir give up..
#Kalau korang punya pavlova menjadi Alhamdulillah. Reen tumpang gembira. 


Bubbye
~Reen~

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::