Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

18 October 2014

First meeting with De'best



 


.. ASSALAMUALAIKUM ..


Seminggu dua lepas MDS sememangnya busy bukan je dengan kelas baru start but busy dengan event kolej then aku ingat MDAB a.k.a pra diploma memang tak akan dan tak mungkin ada pape yang berkaitan dengan club or pape jelar. Rupanya tekaan aku salah, dekat lendu mdab macam kitaorang adalah anak angkat kepada club De'best. So kitaorang selaku anak angkat kena la ikot semua event yang diaorang anjurkan. 

De'best sememangnya best so tak adalah kitaorang terperap dalam bilik tak tahu nak buat apa. But dalam masa yang sama time meeting tu kolej aku ada aktiviti jugak. Hmmm macam mana tu ? Nak belah kepada dua ke badan aku? or buat klon? Hahahaha.

Okey gurau. Aku ambik keputusan pergi ke perjumpaan mdab dulu baru pergi aktiviti kolej. Lagipun kebetulan tempat kedua-dua ni terlampau la dekat. Hehe.

Dalam minggu yang sama buat kad matrik. Oh my! Muka gua tak comel dalam gambar tu. huhu.

 
Perjumpaan mdab dengan de'best.

 
Aktiviti kolej.

Get ready! Nak ambik gambo untuk kad matrik. 
 

 Okey that's all for today. I'm so tired now and time to sleep. Zzzzzzzzzzz.

Bubbye.
Salam sayang, reen.




First week


 

.. ASSALAMUALAIKUM ..
 
Okey now aku nak throwback first week menjadi student. Hmmmmm, berdebar jangan kata la tapi alhamdulillah aku sama kelas dengan intan. Dalam ramai-ramai kawan yang aku kenal time MDS aku tersangkut dengan intan je. Hehe. But tak sangka pulak jiha pon kelas sama dengan aku. Aku kenal jiha time MDS jugak but tak serapat mana kenal-kenal macam tu je time MDS. Then kebetulan jiha satu level and satu wing dengan aku dekat kolej. Tak sangka! Haha. Malam sebelum start class aku terserempak dengan jiha tengah bawak KFC perhhh tegur macam dah lama kenal. Hahaha.

Now back kepada perbincangan asal, sebelum masuk kelas tu macam-macam aku fikir. Macam mana la muka lec aku? Macam mana la perangai classmate aku nanti? Macam mana dari segi topik yang aku akan belajar? Adakah lec aku okey-okey? Hahahahha. Macam-macam lagi la aku fikir.

Classmate pertama yang aku tegur selain intan. Selfie sebelum masuk kelas. Haha

Berlecak untuk pergi lunch . Hahhaa. Turun bukit tonggek naik woooo. Ponet.

Baru hari pertama , aku intan syida jiha rapat macam dah kenal lama.

Gurls kelas MPD0021F

Turun bukit tonggek!

Last class for first week.


Tapi member yang selalu dengan kitaorang first week masok second week dah tak sama dah. Masing-masing dah jumpa kawan sekepala yang lain. So tinggal la aku , intan , jiha dan mak a.k.a syidaa. But walaupun kitaorang dah tak kesana kesini semana macam first week tapi bergaul itu dah semestinya. Hahaha. Just aku je yang slow sikit kalau nak bergaul ni. Huhu

The end for first week class.

Bubbye.
Salam sayang, reen.





Flashback (MDS)


 

.. ASSALAMUALAIKUM ..


Syukur alhamdulillah , berakhirnya pra diploma di kampus UITM alor gajah. Pelbagai rintangan suka duka telah dilalui disana . Semua pengalaman itu telah mendidik agar menjadi lebih matang dan move on for our life. Alhamdulillah sahabat-sahabatku disana sentiasa ada disisi untuk beri semangat sepanjang aku berada disana. Tak lupa juga family dan sahabat yang jauh , walaupun mereka berada jauh daripadaku alhamdulillah mereka sentiasa memberi sokongan , nasihat dan doa. 

Terasa sedih bila berpisah dengan sahabat-sahabat disana terutama sahabat yang tentunya rapat dengan aku. Disana juga aku mempunyai classmate yang tersangat la sporting habis. Bak kata diaorang "Jadilah orang yang bergaul, jangan jadi orang tak bergaul tak meriah kelas"  .

Teringat pulak time first dapat keputusan untuk masuk pra diploma serentak dengan keputusan masuk ke kolej komuniti siapa tak tahu kan kolej komuniti adalah kolej untuk kemahiran dan separuh kerajaan sepatuh swasta. Kemahiran? Wahhh memang minat aku. Sebenarnya aku more kepada kemahiran but korang mesti peliks kan why aku ambik pra dip?

Aku mintak pandangan ramai pihak dan mintak pertolongan dari Allah ketika buat jawapan and at the end now aku dah habis pon pra dip. Siapa kata pra dip buang masa? No la pra dip the best. Memberi kita penggalaman agar tak kena kejutan elektrik time korang masok ke diploma nanti sebab time pra dip korang dah tahu acam mana pembelajaran time diploma so korang boleh get ready dari awal lagikan.

Jom throwback time aku MDS aka orientasi :

 
Sememangnya takkan dapat lupakan kenangan ni. First time jumpa intan then terus selfie dekat situ bawah panas terik. Hahahah.

 Dari depan intan , aku , einas , mimie and chacha. Mimie dengan chacha tu roomate aku. Alhamdulillah dapat roomate yang memahami dan sekepala.

 
Tengok! menyempatkan kitaorang selfie padahal akak-akak dan abang-abang senior dekat situ dah suruh berkumpul. Hahhaha.

Berehat sebentar dengan berselfie. Hehehe


Mulakan pagi anda dengan senyuman. Mata masing-masing dah macam panda time MDS.


 Mimi tu merajuk or macam mana? Hahahha.

 Member dekat time 'campus tour'
Lieana , adda , aku , jasmin , mimie and intan.

My group! Campus Tour! Oh my! Pusing satu kampus wooo.


Banyak pengalaman time MDS siapa kata MDS membosankan? Bagi aku time MDS la paling best walaupun terpaksa berjaga seawal 3 pagi then tidur pada pukul 1 pagi but series aku cakap MDS memang best. Haha

Tu la kenangan yang serba sedikit yang aku dapat kongsikan. Take a note "Pengalaman mengajar kita lebih matang" "Setiap pertemuaan mesti ada perpisahan". Be strong.

The end the story about MDS.


Bubbye,
Salam sayang , reen.



26 July 2014

Nak raya sudeh!


.. ASSALAMUALAIKUM ..

Hi uolls ..
Dah lama beno reen tak on , setiap kali on pon just tengok-tengok macam tu jew. Busy sangat dengan test 1 sebelum balik raya lagi. Alhamdulillah selesai sudeh test 1 reen. Nervous ?? Jangan habak la , memang tak tidur malam reen , selalu je overnight. Huhuhu.

Eh?? Sekejapnya dah nak raya . Ala , tak terasa macam puasa la. Hmmmmmmmm..
Hope dapat jumpa ramadhan tahun depan pulak.

Okey now cuti raya , tapi tak terasa pon macam cuti raya assigment menanti untuk disiapkan. Huhu. 

Tapi..
Nasib baik la CTU reen dah lepas like do the presentaion , hafazan . So lepas je cuti raya reen tak payah la gelabah taik lagi untuk buat presentation and hafazan for ctu. Kan ?? Hahaha.

Jom tengok reen nak share gambo sikit :






Okey miss my family and my best friend dekat rantau so muchh.. Balik-balik belum sempat sampai rumah dah bercerita panjang lebar dengan mama dalam kereta. Check , lepaskan rindu dengan family tercinta On the way . So now tunggu time untuk lepaskan rindu dekat my best friends pulak. Huarghhh uolls i miss you so much.

Oh gucci! Reen kena siap-siap parking bags untuk balik kampung halamanku. Haha. 

Bye uolls , nanti reen sambung lagi. 


Bubbye ,
Salam sayang , Reen.

30 June 2014

Halohai~




ASSALAMUALAIKUM

Halooooooo Malaysia.. 

Hahahah bagaikan baru balik dari luar negara gamaknya ye ?? 
Ajet-ajet sudeh ..

Hai uolls. Wahh dah lama sangat ni reen tak update. Sorry sesangat wahai blogku tersayang aka diari hidupku. Reen busy sangat lagi pon reen pergi study dekat lendu sana reen bukan bawak lappy pon. Malas la nak bawak , sebab nanti nak kena jaga elok-elok lappy ni kalau lalai habislah lappy hang kan? kan?
Better tinggalkan je dekat rumah , then reen bukan guna sangat lappy kalau time dah nak guna sangat nanti baru la reen bawakkan. Lagi selamat dirumahku tercinta. Hahaha

Okey ..

Life dekat uitm lendu..

Good la. Not bad. Dulu time first day pergi sana , perhhhhhh nervous giler kot oky series ni siapa tak gemuruh kalau first time berjauhan dengan familykan? 

But reen tak la sampai kena homesick , alhamdulillah reen sedaya mungkin kuatkan semangat reen dekat sana. Huhu.

Okey sorry sesangat sebab reen tak dapat share gambar reen sepanjang sebulan reen dekat sana dari start reen masuk time minggu orientasi sampai la dah hampir sebulan reen dekat lendu. Reen tak sempat la nak copy gambar-gambar tu then paste dekat lappy. Huhu

Maybe next time insya'Allah kalau sempat reen akan share gambar dekat sana.

Ada gambar time outing dengan member-member classmate reen dekat sana , ada time gambar aktiviti falkulti aka ale-ale bola best taw time tu then kelas reen dapat tempat ketiga dalam sorakkan yang boleh dikatakan havoc gitu. haha. Kami MPD0021f aka pasukan belanda. Why belanda ? Nak tak nak kitaorang kena redha sebab no choice. 

Eh????

Okey la reen kena udurkan diri dulu. Ada pulak homework time cuti-cuti ni. Aduhai.. Math pulak tu. 
Bye uolls.. Selamat berpuasa ~~~~


Bubbye,
Salam sayang,
Reen.

27 May 2014

Moga tabah


ASSALAMUALAIKUM

Reen baru dapat berita yang menyedihkan. Kawan sekelas reen dan dia pon rapat jugak dengan reen , mak dia telah meninggal dunia lebih kurang pukul 5 petang tadi. Inalillah. Tahziah buat bebob aka nurul ain syahira binti bahrin. Semoga tabah dan semoga mak dia ditempatkan digolongan-golongan yang beriman. Amin~

Al-fatihah....

Bebob aku harap kau tabah dan sabar dalam menempoh dugaan ini. Kami akan selalu disamping kau bebob. Kau tak berkeseorangan kerana kami semua ada disisi kau. Sabar sayang....




Bebob kuatkan semangat i know you can do'it.. Kitaorang akan ada disisi kau. Insya'Allah.

Bubbye.
Salam sayang , Reen...


p/s : Doakan yang terbaik untuk arwah (mak sahabat reen) . Moga arwah ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman. Amin~ Al-fatihah~...

Menghitung hari


ASSALAMUALAIKUM

Oh my , oh my , oh my..

Tik tok tik tok tik tok ... Lagi beberapa hari lagi reen akan ke uitm alor gajah tu. Atototot. Nervous memang jangan habak la tipu kalau orang tak gelabah walau sedikit pon, cool je . Perhhhhhhh.. Tabik spring...

Semua sahabat-sahabat reen dah nak sambung study , sebenarnye bukan semua tapi kebanyakkannya . Ada yang sambung form6 , ada yang ke matriks , ada yang ke ipts , ada yang ke ipta. Tempat jangan habak la. Ada yang stay dekat-dekat sini lagi , ada yang ke melaka sama negeri dengan tempat reen bakal study but bukan sama daerah, ada yang dekat negori sembilan , ada yang dekat ganu kita , ada yang hujung malaysia di perlis. Perhhhhh, jauh-jauhkan?? Hehehe.

Siapa tak sedih? Time first-first dapat tahu semua lain negeri masing-masing buat drama air mata , hehehe. Berhari-hari jugak la kitaorang nak menstabilkan diri ke normal. 

Jom kita campak ke kenangan yang belum sempat reen upload dekat blog reen lagi....

Come , come.. Yok makan tutti fruiti , yummy~ sehingga menjilat jari kaki anda. Bhahaha.

Selfie in aeon bukit tinggi , ni lepas kitaorang tengok oculus movie. The best , macam seram tapi tak pon. Reen dengan atyn over seram sampai tutup mata pakai tudung. Hahhaa

Cer teka dekat mana?? Hah tu time kerja so dekat fitting room la gamaknya. Seludup handset. Hahaha.

Selfie dekat ktm. Tunggu lama sangat , dari membazir masa selfie la sekejap. Otw to time squre with joyah, senah , me , wan , faizul , han dan akak-akak the store yang lain.

Oh my!! Dekat hospital pon belasah pi selfie?? Who care?? Tak ganggu ketenteraman orang dekat sana kira oky la kan?? Haha

Selfie with my baby boooo aka joyah aka hanis.

Lepas tengok godzilla. Selfie sat. Otw pergi karok , ada gambar time drama air mata but tak pelar tak mau upload. Hehehe

Dekat kenduri kesyukuran dan sambutan bufday anak buah joyah. Me and kyla curi masa sat for selfie with anak-anak buah joyah.

This my driver. Hahaha. Kidding only. Ni sahabat reen yang selalu temankan reen dating dekat taman dulu. Hahaha. Story dating tu dah lama. Malas nak ungkit. Btw.. Good luck untuk kyla yang sekarang di matrikulasi negeri sembilan. Do the best and best my friend. Love you.

Okey that's all.. Banyak memori tercipta reen malas nak masukkan nanti tak pasal-pasal reen buat drama air mata pulak dah. Huhuhu. Haru sudeh. To all my friends , i love you all. Muahhhhhh.

Bubbye,
Salam sayang , Reen.


p/s : Ros , aku doakan the best for you. Hope-hope kau dapat ikut aku pergi sana. Moga dipermudahkan segala urusanku dan urusanmu.


I never say goodbye!




Assalamualaikum ,
Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah reen masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah yang indah ini.
Syukur alhamdulillah reen akan menyambung pelajaran lagi beberapa hari.
Syukur alhamdulillah semua kelengkapan dah hampir selesai , tinggal beberapa lagi yang belum lengkap.

Minggu lepas reen dan seorang sahabat reen pergi buat medical check up. Alhamdulillah semua berjalan lancar but sahabat reen ni ada sedikit masalah. Mengenai jantung.. Dia memang ada seketika mengalami masalah sakit dada , but tak la teruk sangat. Tiba-tiba time kitaorang dah selesai semua dia punya borang kesihatan macam tergantung. Korang bayangkan lagi beberapa minggu je ni nak pergi , memang la kalau difikirkan ada lagi masa tapi dah macam tu memang sah-sah la parents dia tak bagi pergikan? Study jauh pulak tu.

Then keesokkan harinya kitaorang pergi buktikan bahawa doc tu salah. Kitaorang pergi buat x-ray dekat klinik 24 hour *guna duit seorang insan yang berhati mulia walaupun dia bukanlah seorang yang beragama islam, Subahanallah.* Dengan doa dan usaha kitaorang berjaya buktikan bahawa doc tu memang salah. Hahaha. Alhamdulillah sahabat reen tak sakit pape. Sahabat reen siap cakap nak pergi saman doc tu sebab orang tak sakit boleh jadi sakit sebab dengar berita itu. Hehe.

Oh My Gucci.....

Lagi beberapa hari je lagi ni reen akan berangkat ke melaka. Sebelum ni reen pernah bagitahu yang reen dapat sambung ke uitm alor gajah , sambung pra diploma je tapi alhamdulillah bukan senang kita nak sambung belajar. Dengan result reen time SPM nyawa-nyawa ikan , insya'Allah reen akan cuba yang terbaik. Reen nak kuatkan semangat , dengan nasihat dan dorongan dari family , friends and my senior *ex uitm alor gajah* Hahahaha .. Poyoss lebih akak seniorku. Eccececeh.. Sorry kak i kidding only.

Huarghhhhh..

Confirm reen akan rindukan family and friends reen dekat rantau ni *rantau panjang klang oky* Reen bakal rindukan my katil , my selimut kesayangan selalu orang ada bantal bucux tapi reen ada selimut bucux. Bhahaha tak boleh blaa. 

Say bye to everything. Say bye to my selimut bucux sebab reen ingat nak bawak but tak mau la sayang.. Say bye to my teddy, say bye to my katil ,bantal. Huhuhuhu. Haru tol!!

Oky la jumpa di next entry. 

Bubbye.
Salam sayang , Reen...

p/s : Ros , aku doakan the best for you. Hope-hope kau dapat ikut aku pergi sana. Moga dipermudahkan segala urusanku dan urusanmu.

20 May 2014

Alhamdulillah.




Assalamualaikum.
Alhamdulillah..

Huarghhh.. Dah lama gila reen tak on blog ni. Series reen memang busy , busy dengan kerja , busy fikir masalah dan banyak lagi la. Memang seronok bila ingat zaman sekolah , tak banyak problem kita alami. Bila dah tamat sekolah , satu demi satu cabaran reen tempoh .

Nobody perfect! Semua orang tahu pasal itu..

Fuhhh! Stop story pasal masalah reen yang sodeh pedih tu. Come back balik kepada motif reen yang sebenar. Reen beberapa minggu lalu lepas keputusan form 6 , matriks dan upu keluar. Perhhhh , sedih tahap memang tahap tak boleh dinilai. Hampir putus asa , but my friends .. Nope.. My best friends , yang sentiasa bagi semangat dekat reen agar sambung belajar. Reen ingat nak ambik kemahiran je sebab menunggu politeknik dengan kolej komuniti resultnye keluar. Mama dengan papa say tengok permohonan pra diploma sekali mana tahu dapat. So reen redha.

Sebab.. Reen tak berapa berkemampuan nak masuk swasta . So tular jiran reen a.k.a ustaz dan ustazah yang ajar reen mengaji dari reen berkebil-kebil macam kura-kura dan Alhamdulillah khatam jugak akhirnya, hhahaha. Diaorang kenankan reen dengan pra diploma sebab reen memang dah anggap reen tak akan dapat terus ke diploma kerana result reen time SPM nyawa-nyawa ikan. So reen pon daftar la.

Tunggu punya tunggu masa yang dinantikan tiba. Result politeknik dulu keluar , reen pon check then reen tengok pakai mesej taw dekat situ dia tulis reen tak dapat but reen still tak puas hati lalu reen check online. Then time check online reen tengok reen layak ke kolej komuniti. Reen rasa maybe reen bakal sambung ke bidang pastry je sebab reen buat rayuan for upu kali kedua pon lame lagikan.

Keesokkan harinye time reen nak tengok tempat mana reen dapat di kolej komuniti , reen dapat mesej untuk semakkan ke pra diploma. So tanpa buang masa reen pon check dan Alhamdulillah penantian reen akhirnya.

But.. Reen minat jugak dalam pastry. Reen dapat dekat selayang lagi tu , dekat je. Yang pra punya reen dapat dekat uitm Melaka. Reen keliru nak pilih yang mana satu. So reen mintak pendapat mama dengan papa. Tak puas dengan tu reen mintak pendapat best friends reen dan adik reen.


Lama jugak reen buat keputusan dan akhirnya atas sokongan mama , papa , family , friends reen dapat buat keputusan. Alhamdulillah reen pilih ke pra diploma and I hope dapat bawak belah perdagangan tu sebab pra diploma ada dua je , sains dan perdangan . Reen layak ke perdagangan , kira bersyukur sangat. Reen harap dapat buat yang terbaik dekat sana nanti. Doakan reen okey. 

Insya'Allah kalau tak ada apa-apa halangan dan tentangan reen akan sambung study tak lama lagi.  Semoga semua berjalan lancar. Amin~ To all my friends terutama to Joyah and the geng do the best sayangku sekalian. Walaupun kita berjauhan dan terpisah buat sementara waktu tetapi don't forget me ,baby. hahaha.

Bye.
Salam sayang , reen.