Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

20 May 2014

Alhamdulillah.




Assalamualaikum.
Alhamdulillah..

Huarghhh.. Dah lama gila reen tak on blog ni. Series reen memang busy , busy dengan kerja , busy fikir masalah dan banyak lagi la. Memang seronok bila ingat zaman sekolah , tak banyak problem kita alami. Bila dah tamat sekolah , satu demi satu cabaran reen tempoh .

Nobody perfect! Semua orang tahu pasal itu..

Fuhhh! Stop story pasal masalah reen yang sodeh pedih tu. Come back balik kepada motif reen yang sebenar. Reen beberapa minggu lalu lepas keputusan form 6 , matriks dan upu keluar. Perhhhh , sedih tahap memang tahap tak boleh dinilai. Hampir putus asa , but my friends .. Nope.. My best friends , yang sentiasa bagi semangat dekat reen agar sambung belajar. Reen ingat nak ambik kemahiran je sebab menunggu politeknik dengan kolej komuniti resultnye keluar. Mama dengan papa say tengok permohonan pra diploma sekali mana tahu dapat. So reen redha.

Sebab.. Reen tak berapa berkemampuan nak masuk swasta . So tular jiran reen a.k.a ustaz dan ustazah yang ajar reen mengaji dari reen berkebil-kebil macam kura-kura dan Alhamdulillah khatam jugak akhirnya, hhahaha. Diaorang kenankan reen dengan pra diploma sebab reen memang dah anggap reen tak akan dapat terus ke diploma kerana result reen time SPM nyawa-nyawa ikan. So reen pon daftar la.

Tunggu punya tunggu masa yang dinantikan tiba. Result politeknik dulu keluar , reen pon check then reen tengok pakai mesej taw dekat situ dia tulis reen tak dapat but reen still tak puas hati lalu reen check online. Then time check online reen tengok reen layak ke kolej komuniti. Reen rasa maybe reen bakal sambung ke bidang pastry je sebab reen buat rayuan for upu kali kedua pon lame lagikan.

Keesokkan harinye time reen nak tengok tempat mana reen dapat di kolej komuniti , reen dapat mesej untuk semakkan ke pra diploma. So tanpa buang masa reen pon check dan Alhamdulillah penantian reen akhirnya.

But.. Reen minat jugak dalam pastry. Reen dapat dekat selayang lagi tu , dekat je. Yang pra punya reen dapat dekat uitm Melaka. Reen keliru nak pilih yang mana satu. So reen mintak pendapat mama dengan papa. Tak puas dengan tu reen mintak pendapat best friends reen dan adik reen.


Lama jugak reen buat keputusan dan akhirnya atas sokongan mama , papa , family , friends reen dapat buat keputusan. Alhamdulillah reen pilih ke pra diploma and I hope dapat bawak belah perdagangan tu sebab pra diploma ada dua je , sains dan perdangan . Reen layak ke perdagangan , kira bersyukur sangat. Reen harap dapat buat yang terbaik dekat sana nanti. Doakan reen okey. 

Insya'Allah kalau tak ada apa-apa halangan dan tentangan reen akan sambung study tak lama lagi.  Semoga semua berjalan lancar. Amin~ To all my friends terutama to Joyah and the geng do the best sayangku sekalian. Walaupun kita berjauhan dan terpisah buat sementara waktu tetapi don't forget me ,baby. hahaha.

Bye.
Salam sayang , reen.

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::