Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

27 May 2014

I never say goodbye!




Assalamualaikum ,
Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah reen masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah yang indah ini.
Syukur alhamdulillah reen akan menyambung pelajaran lagi beberapa hari.
Syukur alhamdulillah semua kelengkapan dah hampir selesai , tinggal beberapa lagi yang belum lengkap.

Minggu lepas reen dan seorang sahabat reen pergi buat medical check up. Alhamdulillah semua berjalan lancar but sahabat reen ni ada sedikit masalah. Mengenai jantung.. Dia memang ada seketika mengalami masalah sakit dada , but tak la teruk sangat. Tiba-tiba time kitaorang dah selesai semua dia punya borang kesihatan macam tergantung. Korang bayangkan lagi beberapa minggu je ni nak pergi , memang la kalau difikirkan ada lagi masa tapi dah macam tu memang sah-sah la parents dia tak bagi pergikan? Study jauh pulak tu.

Then keesokkan harinya kitaorang pergi buktikan bahawa doc tu salah. Kitaorang pergi buat x-ray dekat klinik 24 hour *guna duit seorang insan yang berhati mulia walaupun dia bukanlah seorang yang beragama islam, Subahanallah.* Dengan doa dan usaha kitaorang berjaya buktikan bahawa doc tu memang salah. Hahaha. Alhamdulillah sahabat reen tak sakit pape. Sahabat reen siap cakap nak pergi saman doc tu sebab orang tak sakit boleh jadi sakit sebab dengar berita itu. Hehe.

Oh My Gucci.....

Lagi beberapa hari je lagi ni reen akan berangkat ke melaka. Sebelum ni reen pernah bagitahu yang reen dapat sambung ke uitm alor gajah , sambung pra diploma je tapi alhamdulillah bukan senang kita nak sambung belajar. Dengan result reen time SPM nyawa-nyawa ikan , insya'Allah reen akan cuba yang terbaik. Reen nak kuatkan semangat , dengan nasihat dan dorongan dari family , friends and my senior *ex uitm alor gajah* Hahahaha .. Poyoss lebih akak seniorku. Eccececeh.. Sorry kak i kidding only.

Huarghhhhh..

Confirm reen akan rindukan family and friends reen dekat rantau ni *rantau panjang klang oky* Reen bakal rindukan my katil , my selimut kesayangan selalu orang ada bantal bucux tapi reen ada selimut bucux. Bhahaha tak boleh blaa. 

Say bye to everything. Say bye to my selimut bucux sebab reen ingat nak bawak but tak mau la sayang.. Say bye to my teddy, say bye to my katil ,bantal. Huhuhuhu. Haru tol!!

Oky la jumpa di next entry. 

Bubbye.
Salam sayang , Reen...

p/s : Ros , aku doakan the best for you. Hope-hope kau dapat ikut aku pergi sana. Moga dipermudahkan segala urusanku dan urusanmu.

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::