Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

27 July 2013

Poem - part 2

Assalamualaikum.
Hai hello. Sekali lagi reen bagi salam ni.. Tak pe kan? Jangan lupe jawap salam reen oky ;)
Reen nak share peom lagi ni. Reen dah minat pulak baca poem ni. Oky. Bace je bukan mengarang.

FEW FRIENDS

Many friends are evil & many friends are bad.
But few friends are good & few friends are like God.

Many friends are fraud & many friends are dishonest.
But few friends are trustworthy & few friends are honest.

Many friends are cruel & many friends are harmful.
But few friends are caring & few friends are very helpful.

Many friends are opportunistic & many friends are professional.
But few friends are realistic & few friends are very personal.

Many friends are like Twister & Many friends are like Tide.
But few friends are like philosopher & few friends are like guide.

Many friends give grief & many friends give sorrow.
But few friends give happiness & few friends give cheer.

Many friends give pain & Many friends give sufferings.
But few friends give relief & few friends give peace.

Narayan Chandra Samal

Kalau nak tengok poem menarik yang lain tengok kat link ni http://www.poemhunter.com

Bubbye
~Reen~

Poem - Part 1

Assalamualaikum,

Hello. Hello. Hello. Reen disini.
Okey.. Now reen dekat PPAS di shah alam. Nama panjangnye ialah Perpuastakaan Tun Raja Uda, Seksyen 13 Shah Alam.. Series reen cakap perpustakaan ni memang best... sangat... Hahaha. Setiap level disediakan ruang-ruang utuk kemudahan kita. Opsss, reen terlupa tujuan datang sini. Reen cari maklumat sejarah untuk pertandingan menulis esei di sekolah reen.. Perhhh, maklumatnye sememangnye lengkap. Tapi susah untuk reen ringkaskan didalam esei. Then, reen cari reflection untuk assignment add math reen sebenarnye cari reflection tu senang je semuanye dihujung jari apa lagi yang dihujung jari tu kalau bukan internet kan. kan.. Ni salah satu reflection yang reen jumpe tapi sesuai ke kalau diletakkan dekat add math ???

Yesterday is now today by now!

Yesterday is now today!
Yesterdays' today is in the past.
Yesterdays past is today's past,
but yesterdays' tomorrow is today's' past, and its' future.

Tomorrow's' past is today's' future,
and tomorrow is today by now.
Tomorrow doesn't know yesterday,
but tomorrow's yesterday knows the future and the past.

Today is the future and the past.
Today's' future is now the past.
Today's' past is in the future,
but today's' future is tomorrow's past and future.

The futures past can be today.
The future is tomorrow and today.
The futures future is in the future,
but the future knows the past, tomorrow, today, and yesterday.

pantor of the Oaks

Sumber maklumat boleh didapati di : http://www.poemhunter.com


Okey guyss,.. Reen nak pi sambung kerja lagi. Ada lagi story nanti reen share oky.

Bubbye
~Reen~

24 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum,.

Hai guys, hari ni 15 ramadhan 1434 hijrah maksudnye dah hampir 15 hari kite berpuase. Kepada yang belum tertinggal puase tu teruskan usaha anda kerana ALLAH okey ;) . Okey look ramadhan adalah penghulu segala bulan dan pada bulan ramadhan juga telah diturunkan Al-Quran malahan bukan itu sahaja pada bulan ramadhan jugak terdapatnye malam lailatulqadar yang penuh keberkatan. Wahhh, untungnye kalau kite dapat mengerjakan ibadat pada malam tu. Kan guys?? Hah reen terlupe lagi satu perkara, pada bulan ramadhan jugak adanye solat terawih. Look just dalam bulan ramadhan je kite dapat melakukan semua ni, setahun hanye sebulan je guys..

Nak tahu lagi satu perkara?? Reen ade terbaca satu artikel ni. "Sehari kita berpuasa di jalan Allah, akan dijauhkan wajah dari api neraka selama 70 tahun." See.. Untungkan, tengok bertapanya sayangnye Allah kepada hambanye. Okey ade lagi keratan artikel yang reen bace. Okey tengok k ayatnye "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, sesungguhnya telah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"-Muslim. Artikel ni kalau korang perasan hampir sama dengan artikel yang lagi satu tu tapi kalau korang tengok betul-betul ade bezakan? terutama dari segi ayat la. Hehehehe.


"LAILATUL QADAR ialah satu malam daripada malam-malam bulan ramadhan. Ia merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan."
Hah.. Ni la reen kata tadi untung kalau kita dapat beribadah pada malam lailatul qadar.

Setiap hari khamis malam jumaat, tumbuhan dan haiwan tidak berhenti-henti berzikir kerana takut jika keesokkan harinya adalah kiamat. 
Okey ni memang tak ada kene mengena dengan ramadhan tapi reen cuma nak share dengan korang je,, jangan mara okey :'(

Okey la guys, reen nak undur diri dulu ni. Bubbye..  :)

~Reen~




23 July 2013

Berpuasa

Assalamualaikum,.

Hau guys, hari ni kita berpuasa dah masuk hari ke 14. Kalau ikut kalender islam hari ni 14 ramadhan 1434 hijrah. Now, dah petang tinggal beberapa jam aje lagi kita hendak berbuka kan guys. Reen ada terfikir adakah puasa reen diterima? yelar mana tahu reen ada tersasul bahasa or whatever sampai pahala puasa reen ditolak sikit demi sikit. Astagrafirullahaladzim ape yang reen fikir ni. Isy.isy.isy...

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.

So.. Kita perlulah memahami tentang selok belok ibadat puasa supaya ibadat tersebut sampai ke tahap 'At-ttwa'. Jangan pulak puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk. Hehehe. Tak patut~

Tidakkah nanti terjadi seperti sabda Rasululah s.a.w yang maksudnya, "Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak dapat apa-apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga semata-mata".

Selepas itu barulah kita rasa lega dan puas atas apa yang kita lakukan kerana ia tidak menjadi sia-sia. Betul kan kan kan??? Kita berdoa la banyak-banyak agar puasa kita diterima ALLAH.

Konklusinya, kita seharusnye memahami apa itu puasa dan mengambil tahu perkara yang dilarang ketika puasa kerana ia bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi ada jugak larangan yang lain mungkin kita hanya pandang ia sebelah mata. Renung-renungkan la dan selamat beramal. *Cehhhh.. hehe dah macam buat karangan pulak dah. Kalau buat dekat karangan ni boleh dapat A+++ takk?? hehe*.


Okey la reen nak tolong mama reen. Bubbye guys. Selamat berbuka puasa lagi beberapa jam je lagi ni. Hehehe.

Bubbye
~Reen~


School

Assalamualaikum,.

Hari ni kecoh satu.. kelas.. satu.. sekolah.. time satu jam sebelum balik. Ingatkan ade apelar, rupenye Radhi OAG datang ke sekolah. Wahhh, memang tak sangka ingatkan khabar angin je. Hehehe. Acara yang didatangi oleh Radhi OAG tu just for form 4. But kiteorang yang form 5 ni pon duduk menyelit jugak, ye lols.. mane boleh study kalau dengar orang tengah nyanyi kat bawah, tak boleh fokus nak je turun bawah tengok Radhi OAG. Last-last hanis *my friend* buat alasan nak ke toilet. Padahal pergi toilet sekejap je then sanggup berpusing jauh semata-mata nak tengok radhi nyanyi. Hahahaha.

Waktu akhir sebelum balik..
Reen dengan hanis dapat tengok sekejap je sebab nak jadi pelajar yang baik because kitaorang turun dengan alasan pergi toilet time subjek bahasa inggeris. Masuk-masuk kelas semua tengok kiteorang semacam *maybe perasaan reen je kot*duduk la dalam 5 minit masa english tamat. Then disambung dengan subjek add sc. Time add sc sepatutnye turun makmal tapi diaorang nak sangat tengok Radhi OAG dekat bawah. Nak tengok face to face la kononnye. Hehe. Seorang turun bawah semua follow jugak. Hahahaha. Last-last nampak cikgu add sc kitaorang, cikgu izzah, pon tengah duduk dekat bawah tu. Kali ni dengan kebenaran cikgu kami satu... kelas... dapat ambik port jugak kat bawah tu.. Kira okey la tu form5 bukan kelas kitaorang je. Hehehe.

Cikgu memang baikk sebab bagi kiteorang join budak form4 sekali :)
Thanks jugak kepada Radhi OAG sebab dah bagi nasihat yang berguna dan berkongsi pengalaman dengan kami semua :)

Bubbye
~Reen~

Happy Birthday, Aieyn.

Assalamualaikum,.

Hai semua.. Hari ni 22.07.2013 bersamaan 13 ramadhan 1434 hijrah. Hari ni adalah tarikh lahir kawan reen yang ke 17 tahun, wahhh dah tua rupanye kau ye aieyn!! Jangan mara naaa.. Kitaorang celebrate birthday dia 19 hari bulan, opssss terawal pulak. Hehe. Plan kitaorang mula-mula nak buka puasa sama-sama je tapi.. Bila check kalendar birthday minah tu jatuh hari isnin so dekat la kan tarikhnye. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan (betul ke peribahasa yang aku guna ni??? But never mind)

Hari kejadian...
Dekat sekolah kitaorang nak plan balik macam mana nak suprisekan aieyn ni. Ingatkan nak elakkan dari dia ikut kiteorang tapii dia asyik follow je kesana kesini. Isy! Bila la boleh plan ni. Last-last reen jugak yang kena tarik aieyn jauh-jauh dari kawan-kawan yang lain biar tak kantoi. Perhhh, kalau kantoi tak jadi la suprise kitaorang kan kan..

Petang, *sewaktu tiba dikedai yang dirancang*
Reen pergi kedai makan tu dengan aieyn sebab reen tak pandai bawak motor (eh?? corection bukan tak pandai bawak tapi.. Reen fobia lolss) Sampai-sampai dekat kedai baru je duduk dan berkumpul acik kedai dah tanye pasal kek yang kiteorang tumpang kat kedai tu. (Yelar kalau bawak dari rumah susah nanti aieyn perasan pulak. ) Kitaorang punye la cuak takut terkantoi.. Baik kitaorang pandai cover story sikit.. Kata tu sebenarnye kek sahaja-sahaja untuk berbuka nama semua orang ade tertulis kat kek tu (padahal tak pon -.- ).

Lepas berbuka,.
Dah habis makanan kat atas meja tu, kiteorang panggil acik kemaskan meja. Then buat alasan kat aieyn nak pergi toilet jap, padahal nak pergi ambik kek. Hehehe. Sampai kat pintu dapur kedai tu kiteorang tercarik-cari mancis *lupa nak bawak lolss. padahal tu antara barang paling penting* Then apa lagi.. terpakse pinjam la 'acik ade mancis tak? nak pinjam boleh?' hehehe. Dengan semangat kiteotang bawak kek ke depan then nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY..
 

Ros yang bacakan doa untuk kami semua. Hehe.

Ala~ gambarnye tergerak. Huhuhu.



Jom berbuka. Opss, lauk-lauknye dah habis daaaa. 

Minah ni asyik posing je. Isy.Isy.Isy.

Kek untuk aieyn!

Tangan sapa pulak tu nak menyelit jugak dalam gambar ni. 

Okey 2 ary bulan lapan nanti birthday si hanis pulak. Jaga-jaga kau hanis.. Jeng.Jeng.Jeng.. :D

Main calit-calit krim pulak dah -.-'

Aieyn buka mulut lagi luas! kereta api nak lalu ni. hahaha


HAPPY BIRTHDAY, aieyn !!! May ALLAH bless you sayang :)

Okey tu je story yang reen nak share dengan korang hari ni. Eh?? Dah lewat dah ni, esok nak sekolah, sahur lagi.. Huhuhu. Nanti mesti kena marah sebab tidur lambat. Habislah kau reen!!! Good night guys..

Bubbye
~Reen~

21 July 2013

Sahabat.

Assalamualaikum,.

Hari ni reen nak cakap sikit, cakap tentang sahabat. Sahabat bukan hanya untuk sehari dua, bukan untuk masa gembira tapi bila time kita susah semua hilang entah ke mana. Tapi sahabat adalah untuk selama-lamanye, Insya-Allah.. Kita seharusnye memilih sahabat yang akan membawa kita ke arah kebaikan bukan la sebaliknye kerana sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang elok budi pekertinye yang elok akhlak dan peragainye. Reen pernah baca satu artikel ni katanya 'Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu' ingat la kata-kata itu.

Ni adalah antara sahabat-sahabat karib reen. 

Ni gambar time kiteorang gi mandi sungai. Best sangat time ni. Rindu~

Kelas reen one malaysia. Tapi sayangnye indian girl kelas reen tak datang time ambik gambar ni. Huhuhu

Dari tadi reen nak upload gambar ni tapi tak dapat-dapat. Huhuhu. But finally dapat jugak upload gambar ni.

Kami kalau dah berkumpul then start bersembang memang tak ingat dunia. Hehe. Reen tahu ade yang tak puas hati dengan reen dan sahabat-sahabat reen. Tapi nak buat macam mana tak semua orang akan suka kita dan kita tak boleh pakse diaorang suka kita. Redha~ Yang penting reen bahagia dan paling utama kawan-kawan reen pon happy sebab reen tak suka tengok kawan reen sedih nanti reen akan rasa tak senang duduk risau je walaupon muka nampak happy. Muka senyum tapi hati siapa la yang tahu bak kata orang 'hati orang siapa la yang tahu'. Eh??? reen dah merepek-repek ni tengok dah lari dari tajuk. Huhuhu. Sorry guys. Klar reen undur diri dulu sebab dah pukul berapa ni lagi beberapa jam nak berbuka. Reen nak tolong mama reen ape yang patut sat.

Bubbye
~Reen~

Shopping

Assalamualaikum,.

Hai guys how are you? Hehe. Oky now saya nak kongsi story sikit. Hari ni puase masuk hari yang ke.. Ke12 kan?. Oky tadi saya pergi shopping dengan my family. Penat, memang penat tapi saya still kuatkan iman saya sabar untuk tunggu sampai waktu buka. Mana taknye shooping tengah panas terik but still best. Hehe. Yang tak bestnye adik-adik saya boleh pulak teguk air depan mata wooo. Memang kena kuatkan iman betul ni. Sabar, sabar. Hahaha. Saya dapat beli beberapa barang untuk beraya nanti. Antaranye...

Baju ni memang saya nak dari dulu lagi, tapi no money no buy sayang. Huhu.

Saya dapat beli kasut. Thanks mama papa sebab belikan kasut untuk reen dengan adik-adik yang lain. 

Okey mesti korang tertanye pahal lak saya upload baju-baju tu tapi tak upload gambar baju raya reen. Alasannye ialah baju reen tengah repair lagi nanti dah siap repair Insya-Allah reen akan upload oky ;) . Arghhhh tak sabarnye nak raya. 'Eh reen puase baru 12 hari oky'. Mana tak sabar sebab sekarang ramai dah orang mainkan lagu-lagu raya. Huhu. That all can i share for you guys now. 

Bubbye
~Reen~

20 July 2013

Blogger



Nak tahu serba sedikit tentang penulis blog ini ???

Assalamualaikum pembuka bicara dari penulis blogger yang serba kekurangan ini.
Firstly, I want to intro about myself. Opps.. ter'speaking' pulak dah. Okey seriously memang terbelit lidah ni nak speaking english ni. Hahaha. Actually, nama reen dalam surat beranak, dalam IC or dokumen-dokumen reen yang lain ialah Nur Fazreen. Umur.. Okey umur reen 17 tahun but.. belum genap lagi okey bulan 10 nanti baru la genap 17 tahun. Auchhh, dah tua meyhh. Hahaha. Hah, tahun ni reen akan menduduki SPM . Wahhh, I so nervous about that. Yelar siapa yang tak nervous kan. I hope you guys can pray for me.  Doa-doakan la ye. Hehe.

Kenapa tidak memakai nama sendiri di blog ???

Mesti korang pelikkan kenapa reen tak memakai nama sendiri iaitu 'Nur Fazreen' but why reen pakai nama 'Fazrina Hanim'. Hah.. Fazrina Hanim tu nama sebelum papa reen daftarkan nama reen. Maksudnya Nur Fazrina Hanim tu salah satu nama dalam list yang patut mama dengan papa reen letak. But.. Papa reen letak Nur Fazreen dengan alasan tak nak nama anak yang panjang-panjang. Hmmm..

Bila berminat dalam menulis blog ???

Reen minat membuat blog sejak dulu lagi. Tapi asyik tertangguh sebab reen takut tak reti menyusun masa dengan bijak. Yelar dah menghadap laptop manalah fikir benda lain. Hehehe.

Nak tahu lebih lanjut tentang penulis blog ini ???

Korang boleh follow reen dkt twitter & facebook . My twitter  nanti korang akan terus ‘flight’ ke twitter reen and My pesbok  ni adalah tiket untuk masuk ke facebook reen. Hahaha.



Bubbye.
~Reen~