Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

21 July 2013

Sahabat.

Assalamualaikum,.

Hari ni reen nak cakap sikit, cakap tentang sahabat. Sahabat bukan hanya untuk sehari dua, bukan untuk masa gembira tapi bila time kita susah semua hilang entah ke mana. Tapi sahabat adalah untuk selama-lamanye, Insya-Allah.. Kita seharusnye memilih sahabat yang akan membawa kita ke arah kebaikan bukan la sebaliknye kerana sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang elok budi pekertinye yang elok akhlak dan peragainye. Reen pernah baca satu artikel ni katanya 'Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu' ingat la kata-kata itu.

Ni adalah antara sahabat-sahabat karib reen. 

Ni gambar time kiteorang gi mandi sungai. Best sangat time ni. Rindu~

Kelas reen one malaysia. Tapi sayangnye indian girl kelas reen tak datang time ambik gambar ni. Huhuhu

Dari tadi reen nak upload gambar ni tapi tak dapat-dapat. Huhuhu. But finally dapat jugak upload gambar ni.

Kami kalau dah berkumpul then start bersembang memang tak ingat dunia. Hehe. Reen tahu ade yang tak puas hati dengan reen dan sahabat-sahabat reen. Tapi nak buat macam mana tak semua orang akan suka kita dan kita tak boleh pakse diaorang suka kita. Redha~ Yang penting reen bahagia dan paling utama kawan-kawan reen pon happy sebab reen tak suka tengok kawan reen sedih nanti reen akan rasa tak senang duduk risau je walaupon muka nampak happy. Muka senyum tapi hati siapa la yang tahu bak kata orang 'hati orang siapa la yang tahu'. Eh??? reen dah merepek-repek ni tengok dah lari dari tajuk. Huhuhu. Sorry guys. Klar reen undur diri dulu sebab dah pukul berapa ni lagi beberapa jam nak berbuka. Reen nak tolong mama reen ape yang patut sat.

Bubbye
~Reen~

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::