Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

23 July 2013

Berpuasa

Assalamualaikum,.

Hau guys, hari ni kita berpuasa dah masuk hari ke 14. Kalau ikut kalender islam hari ni 14 ramadhan 1434 hijrah. Now, dah petang tinggal beberapa jam aje lagi kita hendak berbuka kan guys. Reen ada terfikir adakah puasa reen diterima? yelar mana tahu reen ada tersasul bahasa or whatever sampai pahala puasa reen ditolak sikit demi sikit. Astagrafirullahaladzim ape yang reen fikir ni. Isy.isy.isy...

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.

So.. Kita perlulah memahami tentang selok belok ibadat puasa supaya ibadat tersebut sampai ke tahap 'At-ttwa'. Jangan pulak puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk. Hehehe. Tak patut~

Tidakkah nanti terjadi seperti sabda Rasululah s.a.w yang maksudnya, "Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak dapat apa-apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga semata-mata".

Selepas itu barulah kita rasa lega dan puas atas apa yang kita lakukan kerana ia tidak menjadi sia-sia. Betul kan kan kan??? Kita berdoa la banyak-banyak agar puasa kita diterima ALLAH.

Konklusinya, kita seharusnye memahami apa itu puasa dan mengambil tahu perkara yang dilarang ketika puasa kerana ia bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi ada jugak larangan yang lain mungkin kita hanya pandang ia sebelah mata. Renung-renungkan la dan selamat beramal. *Cehhhh.. hehe dah macam buat karangan pulak dah. Kalau buat dekat karangan ni boleh dapat A+++ takk?? hehe*.


Okey la reen nak tolong mama reen. Bubbye guys. Selamat berbuka puasa lagi beberapa jam je lagi ni. Hehehe.

Bubbye
~Reen~


No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::