Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

06 March 2014

Aku suka . . .




Aku suka lagu yuna, najwa latif dengan tasha manshahar . Aku suka pink colour tapi aku bukanlah seorang yang obsess pada satu colour sahaja sebab aku ni cepat bosan kalau asyik benda sama sahaja.  Aku paling suka bila bershopping dan paling gemar membeli baju serta jam. Aku  suka membaca dan paling gemar membaca novel. Aku seorang yang boros dan suka ikut kawan.  Aku memiliki sifat yang kadang-kala annoying , memilih , gediks-gediks , manja , macam tomboy , blur , sweet-sweet , dan yang paling bahaya boleh jadi seorang yang selfish . Aku mudah bertukar-tukar mood , so berhati-hatilah dengan mood aku. haha.

Aku seorang yang suka bergambar , Snap.snap and snap. Hahaha. Dalam sehari aku boleh ambik beratus-ratus gambar maybe. Sampai pendrive aku semuanya full dek kerana gambar yang aku simpan banyak sangat. Ingatkan nak cuti tapi asyik bertangguh jew sebab banyak sangat yang aku nak cuci pon tak dak duit nak bayar nanti. Huhuhu

Dulu , nampak sahaja majalah or whatever yang berkaitan dengan artis korea of course aku akan beli tanpa berfikir panjang. Aku seorang peminat korea but aku bukan seorang yang terlampau obsess. Tapi itu cerita lama , now aku bukan peminat korea yang gila-gila akan artis korea sangat , kalau dulu aku sanggup beli majalah cina semata-mata nakkan gambar artis korea yang dalam cerita ‘Boys over flowers’ yelar time tu memang tengah top habis cerita itu.

Aku suka berangan-angan , apa salahnya kalau kita berangankan ? Tapi kenalah dengan gaya dan tempatnya. Hahaha. Aku dulu sebelum tidur suka berangan , kalau tak berangan sebelum tidur tu memang tak sah la maybe tak boleh tidur terus. Huhuhu.

Aku seorang yang nampak jew pendiam tapi bila dah kenal aku ni seorang yang gila-gila dan boleh tahan banyak cakap jugak maybe. Tapi kalau masa aku diam , perhhhh memang akan diam habis la sebab macam aku cakap dekat atas tadi mood aku senang berubah-ubah.


Aku seorang yang mudah tersentap dan merajuk ? Hmm.. Aku pon tak tahu la sebab aku ni kalau merajuk sekejap jew , kalau marah pada seseorang pon sekejap jew aku dah boleh lupa. Tetapi yang pasti aku bukanlah yang senang lupa kawan. Siapa kata aku mudah untuk melupakan kawan tu dia seorang yang tersilap besar sebab dia tak kenal aku yang sebenarnya lagi. Tiada siapa yang kenal aku yang sebenarnya malahan diri aku sendiri pon aku payah nak kenal. Huhuhu. 

Mesti korang peliks kenapa reen ber'aku-aku' ni ? Jawapannya saja nak tukar mood menulis. Hahaha.

Okey bye. Assalamualaikum
Salam sayang, reen.