Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

15 October 2013

Penjagaan bulu mata




Okey korang pernah tak baca tentang penjagaan bulu mata penting sebab bulu mata sangat sensitif dan mudah untuk gugur. Pernah dengar atau baca tak ??? Hah kalau tak pernah dengar meyh sini reen cerita serba sedikit pasal penjagaan bulu mata .

Reen pon baru je tahu tentang pentingnya menjaga bulu ni . Selama ni reen buat derk je  , yelar ingatkan tak penting sangat kan. Then baru-baru ni reen ada baca dekat paper kosmo tentang bulu mata ni. Nak tahu apa yang ditulis dekat akhbar tu ??

Owh.. Selama ni baru reen tahu yang jumlah bulu mata kita adalah sama sepanjang hayat . Malahan , bulu mata juga boleh bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum gugur dan akan mengambil masa dua bulan atau lebih untuk tumbuh sempurna .



Faktor kegugurannya :

Penggunaan kosmetik yang kerap akan menyebabkan bulu mata keguguran . Selain itu , faktor radang seperti jangkitan kuman dan atau pun kerana faktor trauma seperti trauma stres atau trauma mekanik akibat sering terdedah kepada suhu panas. Trauma kerana penggunaan kosmetik seperti memakai maskara yang kurang sesuai juga boleh menjadi penyebab keguguran bulu mata. Amalan menggosok mata , penggunaan maskara untuk tempoh masa yang lama atau maskara kalis air juga turut memudaratkan bulu mata akan menyebabkan bulu mata kering dan mudah patah.

Penjagaan bulu mata :
Amalan diet sihat dan penjagaan kesihatan mata adalah asasnya . Selain itu , kita harus menggunakan pembersih mata yang mesra dengan mata . Jangan gosok mata tetapi bersihkan dengan lembut sahaja . Seterusnya , Akar bulu mata sangat sensitif dan jangan tarik bulu mata sesuka hati . Di samping itu , jika menggunakan pelentik bulu mata pastikan tidak menarik bulu mata. Jika menggunakan sikat maskara pastikan digunakan semasa bulu mata sedang basah . Akhir sekali , jangan menggunakan maskara atau krim mata yang sudah lama kerana mungkin terdedah dengan bakteria yang mungkin boleh merosakkan bulu mata dan mata secara keseluruhannya.

Bulu mata palsu :

Kalau boleh lebih baik elakkan daripada menggunakan bulu mata palsu kerana gam untuk bulu mata boleh mencederakan bulu mata sebenar. Nak tahu macam mana ?? Mungkin ketika tarik keluar bulu mata palsu akan tertarik juga bulu mata sebenar.



Hah.. Dah tahu serba sedikit pasal penjagaan bulu mata ?? Faktor berlakunya keguguran bulu mata tersebut ?? sebenarnya banyak lagi yang ditulis dekat akhbar tu. Tapi penat la reen nak taip banyak-banyak. So.. Apa kata kalau korang search dekat google je. Sebab sekarang semua dihujung jari , tekan tekan tekan keluar . Kan kan kan ..

Bubbye
~Reen~

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::