Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

28 September 2013

Jerawat ?? Oh No !!

Assalamualaikum 


Kalau ada jerawat je mesti orang selalu mengusik dengan ayat ada 'pakwe' or 'teman lelaki' ataupun istilah yang sama 'boyfriend'.

Oh no !!!
Awak semua yang berfikiran macam tu salah tafsiran okey !!!

Sebenarnya jerawat bukanlah berpunca dari itu semua. *memang tak ada kena-mengena kan.kan ?? *

Okey guys memang bukan pun.. Sebab...

Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis pekerjaan. Selain it, oleh kerana ada diantara kamu semua yang terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi kalori juga antara faktor yang meransang pertumbuhan jerawat.

Pakar sakit kulit, Dr Mohd Noh Idris, berkata jerawat bukannya resdung tetapi adalah penyakit. Hampir 90 peratus remaja akan mengalami masalah jerawat. Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan jerawat tumbuh antaranya pertumbuhan jerawat disebabkan pertukaran hormon.

Bagi remaja, misalnya, hormon endrogen bertindak pada kelenjar dan membesar dan terus tersembul. Ia juga dikenali sebagai bintik putih atau white head. Apabila kelenjar membesar ia mengeluarkan minyak yang berlebihan, sel akan melekat serta tersumbat dan menyebabkan kuman yang dikenali sebagai Propionibacterium acne mudah bertindak ke atas sebum (minyak) dan bertukar kepada asid lemak.

Asid lemak, akan meresap keluar dan menyebabkan saluran darah pada kulit membesar serta menjadi merah. Ia akan menarik sel darah putih dan ia akan bercampur dengan bakteria seterusnya menghasilkan nanah.

Katanya "Jerawat sebenarnya tidak merbahaya. Bagaimanapun perlu dirawat dengan cara yang betul kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika tersalah rawatan seperti meninggalkan parut,"



Okey now adakah kamu semua dah faham ??
Kalau dah faham bagus-bagus.. Hahaha :D So korang perlulah mengamalkan tips or petua-petua sebab reen bukan sahaja nak ingatkan korang malahan reen nak mengingatkan pada diri reen sendiri.

Bubbye
~Reen~


No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::