Aku suka lagu yuna, najwa latif dengan
tasha manshahar . Aku suka pink colour tapi aku bukanlah seorang yang obsess pada
satu colour sahaja sebab aku ni cepat bosan kalau asyik benda sama sahaja. Aku paling suka bila bershopping dan paling gemar
membeli baju serta jam. Aku suka membaca dan paling gemar membaca novel.
Aku seorang yang boros dan suka ikut kawan.
Aku memiliki sifat yang kadang-kala annoying , memilih , gediks-gediks , manja , macam tomboy , blur , sweet-sweet , dan yang paling bahaya
boleh jadi seorang yang selfish . Aku mudah bertukar-tukar mood , so
berhati-hatilah dengan mood aku. haha.
Aku seorang yang suka bergambar , Snap.snap and snap. Hahaha. Dalam sehari aku boleh ambik beratus-ratus gambar maybe. Sampai pendrive aku semuanya full dek kerana gambar yang aku simpan banyak sangat. Ingatkan nak cuti tapi asyik bertangguh jew sebab banyak sangat yang aku nak cuci pon tak dak duit nak bayar nanti. Huhuhu
Dulu , nampak sahaja majalah or
whatever yang berkaitan dengan artis korea of course aku akan beli tanpa berfikir panjang. Aku seorang peminat korea but aku
bukan seorang yang terlampau obsess. Tapi itu cerita lama , now aku bukan
peminat korea yang gila-gila akan artis korea sangat , kalau dulu aku sanggup
beli majalah cina semata-mata nakkan gambar artis korea yang dalam cerita ‘Boys over flowers’ yelar time tu memang
tengah top habis cerita itu.
Aku suka berangan-angan , apa
salahnya kalau kita berangankan ? Tapi kenalah dengan gaya dan tempatnya.
Hahaha. Aku dulu sebelum tidur suka berangan , kalau tak berangan sebelum tidur
tu memang tak sah la maybe tak boleh tidur terus. Huhuhu.
Aku seorang yang nampak jew
pendiam tapi bila dah kenal aku ni seorang yang gila-gila dan boleh tahan
banyak cakap jugak maybe. Tapi kalau masa aku diam , perhhhh memang akan
diam habis la sebab macam aku cakap dekat atas tadi mood aku senang
berubah-ubah.
Aku seorang yang mudah tersentap
dan merajuk ? Hmm.. Aku pon tak tahu la sebab aku ni kalau merajuk sekejap jew ,
kalau marah pada seseorang pon sekejap jew aku dah boleh lupa. Tetapi yang
pasti aku bukanlah yang senang lupa kawan. Siapa kata aku mudah untuk melupakan
kawan tu dia seorang yang tersilap besar sebab dia tak kenal aku yang
sebenarnya lagi. Tiada siapa yang kenal aku yang sebenarnya malahan diri aku
sendiri pon aku payah nak kenal. Huhuhu.
Mesti korang peliks kenapa reen ber'aku-aku' ni ? Jawapannya saja nak tukar mood menulis. Hahaha.
Okey bye. Assalamualaikum
Salam sayang, reen.
No comments:
Post a Comment
::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::