Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

27 February 2014

Remember - 기억







Seorang sahabatku mengingatkan aku :

Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya , dan bergaul dengan kawan yang soleh lebih baik dari menyendiri. Berbicara tentang perkara yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam lebih baik daripada berbicara yang buruk.   
(HR. Al Hakim) 

Dia berkata lagi :

Hubungilah orang yang memutuskan hubungannya dengan kamu dan berilah (sesuatu) kepada orang yang enggan memberimu. Hindarikan dirimu dari orang yang menzalimi kamu. (ertinya , jangan menghiraukan orang yang telah menzalimi kamu). 
(HR. Bukhari) 

Tengok betul-betul !! Jangan menghiraukan bukan menghiraukan. So kita perlulah saling memaafkan antara satu sama lain . Jangan orang terjun parit kau pon nak terjun parit , tu memang tak betul la sampai bila-bila takkan berdamai. Kalau ada masalah kita selesaikan dengan cara elok. Jangan orang berkasar kita pon berkasar. Memang tak dinafikan reen pon macam tu , jadi kita kenalah saling ingat-mengingati antara kita.

Tak elok kalau kita bermusuh lama-lamakan ?? Tak elok kalau kita bermasam muka antara kita kan ?? So ingat-ingat la you all..  :)

Assalamualaikum. Bye.

Salam sayang , reen.


26 February 2014

Happy working



Hello guys , now reen nak citer about my work. 

Happy working. Kalau kita melakukan sesuatu pekerjaan kita kenelah ikhlas dan hati tu wajib happy , yelar kalau tak happy kerja pon jadi tak menjadi lols..

Dekat tempat kerja reen selalu stress , i don't know why. Maybe kena marah dengan aunty kot , my promoter memang selalu membebel. Bagi dia itu adalah kebaikan untuk kita but tapi jangan la selalu control reen sebab reen pon nak berkawan untuk dijadikan tempat bersembang di tempat kerja.

Tak ada kawan reen boleh menangis kalau bersendirian. Hehehe  :)

Apa ? Reen gediks ? Reen manja ? Lantak la korang nak tafsir reen macam mana dah tu diri reen. Reen tak boleh mengubah apa-apa , nanti karang kalau reen berubah ade jew ayat tak sedap didengar jugak. So , tutup teliga jelar bila orang mengata pasal kita. Dosa dia tanggungkan , bukan kita pon.

Jom , tengok kenalan-kenalan reen time kerja .




Hah! yang atas ni semua member reen dekat tempat 'ladies' . Diaorang sememangnya giler-giler. Hehe




Atas ni pulak member reen dekat belah 'gents' . Huhuhu. Rindu dekat dila  :'(


Kalau korang pernah baca story reen sebelum ni mesti korang perasan siapa yang sebelah reen tu kan?? Klik sini Hah, tular fatin a.k.a ikan patin. Hahaha. Rindu dia jugak. Dia dah berhenti. :(


Kalau korang tengok dari gambar first hingga last , reen tahu kebanyakkan member reen tu korang kenal . Yelar sahabat forever. Please jangan pertikaikan persahabatan kami semua. Ikhlas dari hati reen , reen sayang semua sahabat reen. Reen hargai semua sahabat reen. Maybe tak nampak perghargaan reen dekat korang tapi percaya la wahai sahabatku sekalian. Reen memang tak pernah sesekali lupakan korang semua kerana reen nak persahabatan kita kekal selamanya. Amin~

Jangan bersedih , jangan bernangis. Be strong. You can do'it. Hehe  :)

Assalamualaikum. Bye.

Salam sayang , reen.

Dugaan persahabatan



Dugaan datang dalam persahabatan reen . Adakah ini ujian untuk melihat sejauh mana persahabatan yang telah kami bina selama ini? Reen redha walaupun kolam mata tak dapat menampung lalu melimpah jua. Reen tidak kuat!

Pada mulanya reen terlalu sedih sehingga tidak dapat mengawal emosi. Tetapi reen tetap reen. Marah reen pada mereka hanya seketika. Sakit hati reen pada mereka hanya sementara. Walaupun luka yang sembuh tetap ada parutnya , tetap ada kesannya. 

Wahai sahabat , bila kita boleh bergelak ketawa bersama , berkongsi rahsia suka dan duka bersama , berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama seperti dahulu kala. Reen rindukan kenangan kita dahulu. Reen rindukan masa kita rapat dahulu.

Reen tak dapat menafikan bahawa reen pon bersalah didalam kes ini. Reen telah melukakan hati sahabat-sahabat reen. Tapi reen tak sangka kita boleh jadi sebegini rupa. 

Sedangkan Allah maha pengampun , sedang Nabi ampunkan umatnya mengapa kita mahu menjadi pendendam ? mengapa kita tidak mahu mengampunkan sahabat kita ? mengapa kita begitu ego sehingga persahabatan yang telah kita bina berkecai seperti kaca yang pecah ?

Reen kecewa , begitu kecewa.

Ini semua hanya bermula dari sebuah salah faham wahai sahabat-sahabatku. Marilah kita duduk dan berbincang , cari dimana puncanya dan marilah kita memaafkan antara satu sama lain. Jangan kita bermasam muka antara satu sama lain. Walaupun reen tidak menafikan reen pada mulanya begitu tapi kini reen sedar Allah tidak suka akan manusia yang saling bermasam muka sesama manusia. 

Wahai sahabat semua , marilah kita berbaik-baik seperti sedia kala sebelum ada yang terlambat. Reen tahu reen tiada hak untuk berkata mengenai hukum dosa pahala kerana reen masih mentah dalam semua ini.

Persahabatan yang baik tidak menaruh dendam meskipun kadang-kala tersakit walau tidak sehaluan , jika persahabatan ikhlas kerana Allah tiada benci dihati .

Semoga kita semua dapat bersahabat selamanya. Amin~

Assalamualaikum. Bye.

Salam sayang , reen.

09 February 2014

New header!! Oh UPU ??






Hello , hello , hello!!!
Assalamualaikum.

Perasan tak apa yang berubah dalam blog reen ni? Hah .. Finally!! Tukar jugak header reen akhirnya. Banyak kali reen try nak tukar header tapi busy jew kerjanya. Huhuhu..

Ada beberapa header yang reen buat , lepas tapis-tapis satu header ni yang paling simple and beauty ! Hahaha..





Simple kan ? Semua simple-simple belaka. Hahahaha..


Okey story lain about UPU. Macam mana upu ni ? Reen tak faham langsung. Macam mana nak daftar , nak buat tu buat ni. Keliru giler tau!

Orang kata nak pilih kos kena tengok minat kita. Reen tak tahu kenapa reen nak sangat ambik pastry . Reen tak dapat fikir minat reen yang lain. Nak ambik pembantu makmal tapi reen ni jenis yang geli gelama so cancel! Nak ambik sains persekitaran tapi reen tak mendalami sangat kos ni. Nak sambung multimedia sebab dekat sekolah dulu reen ambik ICT tapi teruknya reen tak tahu nak ambik cabang yang mana.

Serabut!!!

Ngantok , ngantuk !! Pening , pening !! Reen nak tidur dulu. Bubbye semua.

ASSALAMUALAIKUM..

Salam sayang , Reen~

05 February 2014

Undur balik

Arghhh!! Awat tak boleh tidur ni ?? Mentang-mentang la esok off day.

Geram betul!! Time reen tak boleh tidur tak ada pulak yang nak kacau tapi bila reen lena dibuai mimpi ada jew yang nak kacau. Huh!!

Yelar kita tahu kita ni siapa , orang yang tak penting  :'(

Asal la reen sentap giler malam ni ? Why ? Why ? Why ?

Reen nakkan jawapan. Now!!

Rindu kenangan lama , kenangan time sekolah. Baling balik ke kenangan lalu jom.










Kenangan dengan sahabat time sekolah sememangnya sweet. 

Bye assalamualaikum.


04 February 2014

мʏ ᴡᴏƦk


Assalamualaikum , hmm dah lama reen tak buka blog ni. Yelar reen busy sangat dengan kerja balik kadang-kadang dah malam so terus tidur tak sempat nak online. Huhuhu.

Banyak watak yang reen tahu sejak kerja ni, kalau dekat sekolah kita ingat dia paling teruk padahal ada yang lagi teruk dari itu. Ramai jugak orang yang suka gila bila orang lain menderita contohnya orang yang suka cucuk orang dari belakang. Memang sedih tapi itulah hakikatnya.

Reen dapat beberapa kawan dekat sana. Diaorang memang sweet!! Hahaha.







Cerita pulak pasal member reen yang sorang ni. Dia lelaki tahu dia cakap "lelaki kalau cemburu dia sanggup buat apa sahaja termasuk mereka cerita" Dia sendiri yang cakap macam tu terkejut jugak reen. Hahaha. Reen tak ingat cerita apa yang kitaorang tengah bincangkan time tu.


Lepas ni reen nak kerja tempat lain. Mesti reen akan rindu diaorang semua. Cair tak ? Cair tak ? Hahahaha..

Okey a reen nak bersiap-siap pergi kerja ni. Bye. Assalamualaikum  :)