Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

26 February 2014

Dugaan persahabatan



Dugaan datang dalam persahabatan reen . Adakah ini ujian untuk melihat sejauh mana persahabatan yang telah kami bina selama ini? Reen redha walaupun kolam mata tak dapat menampung lalu melimpah jua. Reen tidak kuat!

Pada mulanya reen terlalu sedih sehingga tidak dapat mengawal emosi. Tetapi reen tetap reen. Marah reen pada mereka hanya seketika. Sakit hati reen pada mereka hanya sementara. Walaupun luka yang sembuh tetap ada parutnya , tetap ada kesannya. 

Wahai sahabat , bila kita boleh bergelak ketawa bersama , berkongsi rahsia suka dan duka bersama , berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama seperti dahulu kala. Reen rindukan kenangan kita dahulu. Reen rindukan masa kita rapat dahulu.

Reen tak dapat menafikan bahawa reen pon bersalah didalam kes ini. Reen telah melukakan hati sahabat-sahabat reen. Tapi reen tak sangka kita boleh jadi sebegini rupa. 

Sedangkan Allah maha pengampun , sedang Nabi ampunkan umatnya mengapa kita mahu menjadi pendendam ? mengapa kita tidak mahu mengampunkan sahabat kita ? mengapa kita begitu ego sehingga persahabatan yang telah kita bina berkecai seperti kaca yang pecah ?

Reen kecewa , begitu kecewa.

Ini semua hanya bermula dari sebuah salah faham wahai sahabat-sahabatku. Marilah kita duduk dan berbincang , cari dimana puncanya dan marilah kita memaafkan antara satu sama lain. Jangan kita bermasam muka antara satu sama lain. Walaupun reen tidak menafikan reen pada mulanya begitu tapi kini reen sedar Allah tidak suka akan manusia yang saling bermasam muka sesama manusia. 

Wahai sahabat semua , marilah kita berbaik-baik seperti sedia kala sebelum ada yang terlambat. Reen tahu reen tiada hak untuk berkata mengenai hukum dosa pahala kerana reen masih mentah dalam semua ini.

Persahabatan yang baik tidak menaruh dendam meskipun kadang-kala tersakit walau tidak sehaluan , jika persahabatan ikhlas kerana Allah tiada benci dihati .

Semoga kita semua dapat bersahabat selamanya. Amin~

Assalamualaikum. Bye.

Salam sayang , reen.

No comments:

Post a Comment

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::