Assalamualaikum dan salam sejahtera. Reen nak cakap sikit ni , dekat blog reen ni korang tak boleh tekan button right so kalau korang nak copy resepi or pape korang boleh highlight then tekan Ctrl + C . Okey itu sahaja terima kasih dan jangan lupa untuk follow reen okey . :)

05 May 2016

Life



.. ASSALAMUALAIKUM ..

Hai gais …

Dah lama aku tak update pape dekat sini. Uish memang berhabuk giler dah ni aku rasa.  Busy la sekarang ni pon ada masa sebab tengah sem break kalau tak busy dengan assignment bagai.  Final bebaru ni lain di target lain yang keluar .  kecewa seribu kali kecewa.  Kalau jatuh tuh berderai terus rasanya.  But its okey ignore about the past and think apa yang ada di depan sekarang.
Okey jadual cuti this sem berlainan sikit tidak seperti sebelum ni.  Kalau sebelum ni ada kawan-kawan yang sering menemani kalau aku nak kemana saje but kali ini tak.  Aku more dekat rumah jadi babysitter :’)

Rakan-rakanku yang lain, yang selalu kesana kesini dengan aku seperti kyla, maleq, ikmal , sara dan lelain semua busy dengan life memasing. Yelar memasing pegang status sebagai student lagi so faham la.  Macam si kyla dia tengah nak berperang dengan final so now tengah mood banyak assignment menimbun, begitu juga dengan si sara.  Kalau ikmal pulak dia tengah practical dan maleq dia pulak busy dengan kem ape tah.

Kyla dengan maleq hujung bulan ni baru bebetul free.  Hmm… memasing dah nak habis study. 

Hanis InshaaAllah hujung bulan ni dah habis dah, dia yang diantara dari kitaorang yang dapat tawaran nun di ganu sana Alhamdulillah dah nak habis dah.  Aku teringat time dekat-dekat dia nak pergi sana dulu.  Kitaorang menangis nak berpisah tuh jangan kata memang tersedu-sedu.  Karok sampai beberape jam jugak la.  Then time hanis nak pergi sana memacam juga la dia lalui tapi Alhamdulillah habis jugak budak bertuah tuh.

Ros.. ros aku tak banyak sangat dengar cerita dia.  Kalau contact pon jarang sekali.  Selalu contact kalau perlu je. Dia pon InshaaAllah dah nak habis study hujung tahun ni.  Dia pulak antara yang paling dekat antara kitaorang selepas sara sebab sara dekat unisel shah Alam.  Jarak antara shah Alam dengan klang tak jauh so senang citer memang dekat la.

Kyla sedang sambung degree tular dia antara yang paling busy double triple.  Alhamdulilah dia dapat sambung degree di UUM dekat kedah sana naaa.  Cuti sem dia tak sama macam aku sebab tu jugak la aku susah sikit nak jumpa dia sekarang.  Kalau dulu time dekat matrik lebih kurang je cutinye sikit dengan aku.  Lagipun kedah dengan Selangor jauh so kos nak balik pon tinggi.


Tipu la kalau tak jeles tengok member memasing dah nak habis studykan.  Tapi apekah daya aku masih perlu berjuang untuk sama-sama berjaya seperti rakan-rakanku yang lain.  Sebab aku nak jadi seorang anak yang dapat membanggakan mama dengan papa then jadi seorang contoh yang baik untuk adik-adikku yang kian membesar.  Aku harap adik-adikku juga dapat memberi commitment yang terbaik dalam pelajaran kemudian menjadi insan yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Selain itu, tidak lupa juga menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta menghormati orang tua.




2 comments:

  1. chaiyok chaiyok! teruskan berusaha! :) you can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

::Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera::
::Sila tinggalkan komen anda disini::
::Boleh reen tengok blog korang jugak::